KUCINGKU si cimot dah beranak pada 2 April lalu. Biasanya, setiap kali balik kerja, si cimot dan si comot akan melese-lese pada aku nak makan 'supper'. Tapi pada malam sebelum beranak tu, dia tidak melese-lese seperti biasa dan aku dah agak mungkin ia nak bersalin. So pada hari berkenaan, aku keluarkan sangkarnya, alas dengan kertas surat khabar dan kemudian alas dengan kain. Aku masukkan si cimot dalam sangkar tu.Aku beritahu kucing aku jika nak bersalin masuk dalam sangkar. Bagaimanapun, pada jam 3 petang, kucing aku dah mula mengiau-ngiau nak bersalin dan aku terus masukkan dalam sangkar. Aku tutup sangkar tu dengan kain kerana dari apa yang kubaca kucing perlukan tempat gelap untuk beranak. Aku baring di sofa sekejap. Pada jam 3.30 aku terjaga dan ke sangkar, lalu mendapati si cimot dah beranak seekor. Than aku sambung tidur lagi. Jam 4 petang aku terus bangun untuk mandi dan bersiap-siap ke office. Aku dapati hanya seekor aje anaknya. Masa nak keluar rumah jam 4.30 petang, barulah seekor lagi anak si cimot muncul. Lambatnya cimot bersalin. Jam 6.30 petang anak aku beritahu seekor lagi keluar. Berapa lama jaraknya anak kucing ni...
Lucu betul. Dah semuanya berwarna hitam bercampur putih. Kiranya dah ada lima ekor kucing, Pening juga dibuatnya. Anak si cimot, seekor betina dan dua jantan. Namanya ialah beemot, deemot dan eeemot.
0 comments:
Post a Comment