BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 30, 2012

CUKAI PENDAPATAN

KALI ini aku dah dapat bayaran lebihan cukai pendapatan. Jika sebelum ini lebihannya lambat tapi kini disebabkan aku hantar awal iaitu pada 27 Mac 2012, maka pihak LHDN  dah masukkan dalam akaun aku lebihan berkenaan. Bolehlah standby untuk beli baju raya anak-anak aku. Setiap tahun, memang aku anggarkan kira-kira RM500 untuk membeli baju raya termasuk baju kurung. Baju kurung raya biasanya dalam harga RM200. Itulah sahaja yang mampu aku belikan untuk anak-anak aku. Balance RM300 lagi mereka akan beli baju lain, kasut dan juga selendang. Nak beri banyak2, tak termampu dibuatnya. Yalah, aku seorang aje yang bekerja. Yang penting aku dapat puaskan hati anak2 dan mereka dapat bertukar baju raya. Itu dah cukup menggembirakan hati aku....

0 comments: