BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 6, 2012

ASPARAGUS

AKU masak asparagus. Aku memang suka asparagus sejak dari dulu lagi. Aku memang kerap makan cuma anak-anak aku aje yang tak pernah merasainya. So, aku pun belilah asparagus dua ikat. Masa tu satu ikat berharga RM1 dan jika sebelumnya harga mahal juga. Dalam RM4 seikat. So aku goreng asparagus bercampur dengan sos tiram. Sedap juga bila digoreng begitu. Aku tak sangka pula anak aku yang kedua alahan dengan asparagus. Pada makan tengah hari, dia tidak mengalami apa-apa. Cuma selepas makan malam, badannya menjadi bengkak, mata sembap dan berair. Aku tidak tahu anak aku kena alahan sehingga aku pulang ke rumah. Rupanya ketika dia menghadiri silat, dia mengalami alahan paling teruk hingga tak boleh bernafas dan guru silatnya memintanya ke  klinik. Di klinik, dia ditahan selama sejam dan diberi enjek. Akhirnya semua jadi ok. Lepas tu tak nak masak asparagus lagi.

0 comments: