BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 5, 2012

GAJI


AKU dapat surat dari Di rector of PABO n Human Capital NSTP mengenai kenaikan gaji. Walaupun tak banyak, hanya kenaikan RM225 bersyukurlah juga jika dibandingkan dengan orang lain yang hanya menerima antara RM100 hingga RM185 sahaja. So, kiranya gaji pun naiklah sikit sejak ditawarkan menjadi eksekutif Harian Metro pada Julai 2011. Tapi yang tak bestnya, dengan gaji yang ada, aku diberi grade E111 (Eksekutif 111) menerusi tangga gaji antara RM2,450 hingga RM4,550. Sebenarnya, ada empat tangga eksekutif ni iaitu dari E1 hingga E1V. Dengan tangga gaji yang ada sekarang, aku layak mendapat E1. So petang semalam, director dari Pabo dan HM datang untuk membuat perjumpaan dengan semua eksekutif. Kami diberi penerangan mengenai tangga gaji dan aku juga musykilkan dengan gred yang aku terima. Gaji memang banyak, yang penting gred pun kena up juga.Yalah, aku belum setahun lagi jadi eksekutif, tentulah eksekutif yang dah lama kerja, bengang dengan aku sebab aku terus aje melompat ke E1. Itu namnya rezeki. Director Pabo memberi jaminan akan mengkaji kedudukan aku. Harap-harap dalam dalam tempoh dua minggu ni, dapatlah surat yang melegakan aku. Sekarang ni semua tangga gaji akan mengikut tangga gaji Media Prima. Jika ada banyak kenaikan setiap tahun, maka banyaklah gaji. Jika big boss tak rekomen, tak naik juga. Kena work hard.

0 comments: