ANAK sulung aku asyik desak aku nak pasang pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai braces. Asyik ungkit adik-adiknya boleh dapat motor, kenapa dia tak boleh nak buat braces. Katanya, dia minta nak buat pendakap gigi sejak darjah enam lagi dan sekarag ni dah masuk unur 22 tahun. Tekanan aku dibuatnya. Aku beritahu, motor adalah keperluan untuk menghantar dan membawanya ke kelas di MSU. Pendakap gigi tu tak penting sebab masih boleh makan lagi. Esoknya aku buat keputusan membawanya ke klinik gigi. Terperanjat aku apabila doktor memberitahu nak buat pendakap gigi sebanyak RM5,000. Itu tak termasuk kos xray RM200. Bayangkan berapa banyak perlu aku bayar semata-mata untuk buat pendakap gigi anak aku. Harga cuci dan cabut gigi tak termasuk. Agaknya hampir RM5500. Lebih daripada harga motor. Aku harap lepas ni anak sulung aku tak ungkit pasal pendakap gigi dengan harga motor untuk adik2nya. Khamis lalu dah bayar RM700 termasuk xray RM200 dan RM1500 perlu bayar pada Rabu depan. Doktor akan pasang pendakap pada Rabu depan dan perlu bayar RM1,500. Kirnya untuk harga RM5,000 itu aku dah bayar RM2,000. Ada balance lagi RM3,000. Jumlah itu aku bayar sedikit demi sedikit ketika berjumpa dengan doktor itu untuk mengetatkan pendakap itu. Doktor beritahu ada dua gigi kena cabut.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment