AWAL pagi tadi aku balik kerja. Jam 1 pagi keluar dari office. Sampai di federal highway, jammed teruk. Kenapa ni aku terfikir sendirian. Semua kenderaan yang melalui highway persekutuan berpatah balik dan masuk ke susur menghala Subang Jaya. Aku tak pernah melalui jalan berkenaan. Aku ikut aje kenderaan di hadapan aku dan pada masa yang sama ikut signboard. Selepas ikut susur Subang Jaya, aku terus masuk ke Persiaran Kewajipan dan ikut laluan kiri ke Jalan SS16/4. Kemudian aku terus pandu di Jalan 16/1 sehingga aku ternampak papan tanda ke Shah Alam. Lepas tu aku nampak tol batu t dan terus ikut laluan berkenaan sehingga tiba di rumah. Nasib baik le tak sesat. Jika tak parah juga tengah-tengah malam ni. Akhirnya aku tiba di rumah pada 1.30 pagi. Rupa-rupanya penutupan lebuhraya berkenaankerana kerja menaiktaraf bekalan elektrik bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi. Sebenarnya laluan trafik hanya ditutiup selama 15 minit dan tiada kawalan polis. Pandai-pandai le nak buat macam mana. Apa yang ketahui, lebuhraya persekutuan tu sekali akan ditutup pada 6 Mei depan. Aku dah tahu jalan, so tak le teruk sangat.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment