BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 30, 2011

CUTI AKHIR TAHUN


AKU mengambil lagi cuti. Nak habiskan cuti tahun 2010. Ada balance 8 hari. Yang boleh ambil hanya lima hari aje...Nampaknya burn lagi tiga hari. Nak Buat macam mana. Hari Isnin ini, aku mulalah bekerja pada tahun baru. Sekejap aje dah masuk tahun baru kan. Masa berlalu begitu pantas. Cuti ni tak kemana-mana, hanya duduk di rumah aje. Macam biasalah rutin aku, memasak, hantar dan mengambil anak. Di samping itu uruskan persiapan si bongsu pula. Hanya tinggal dia seorang aje yang bersekolah. Tahun depan dah tingkatan lima. Kejap aje masa berlalu. Bila cuti begini, dapat pula buku, aku jadi masalah nak buka facebook atau internet. Selagi buku tu tak habis....selagi tu lah tak senang aku dibuatnya...Mungkin ada yang pelik, awal bulan Disember dan ambil cuti n akhir tahun ambil cuti lagi. Abil cuti tak ke mana-mana pula...Nak buat macam mana. Nak pergi berjalan-jalan perlu banyak wang. Daripada pergi berjalan-jalan, elok aje aku beli persiapan persekolahan anak.

DUIT LAGI...


NETBOOK buat hal pula. Tak boleh nak buat kerja. Microsoftword tak berfungsi pula. Semalam, netbook anak ketiga senang aje diprogramkan. Tapi aku punya berkali-kali diprogramkan masih tak boleh. Duduk di situ hampir dua jam tapi tak boleh nak kesan masalahnya. Akhirnya aku minta pekerja di Acer itu installed semula program yang aku inginkan. Katanya, nak installed program ni kena bayar RM60, aku minta kurang dan akhirnya dapat le RM50. Sementara menunggu dia installed selama dua jam setengah, aku ke SACC Mall untuk bayar bil tunggakan hampir 10 tahun. Bil Digibernilai RM300.00. Dulu arwah hubby yang gunakan number phone itu dan letakkan nama aku...So bila aku berpindah, tak tahu pula ada bil yang belum dijelaskan. Aku hanya mengetahui bil itu ketika aku nak renew broadband celcom. Broadband aku ada masalah n tak boleh digunakan, n terpaksa ganti yang baru. Bila nak ganti baru, pihak celcom memaklumkan ada bil yang tak dijelaskan. Itu yang aku pelik. Masa aku mula-mula mohon braodband pada 2007, aku dah jelaskan bil yang tertunggak. Macam mana boleh muncul bil begini lagi. Nak buat macam mana, hutang kena jelaskan. So aku pun bayar le bil itu. Selepas itu pula, aku ke Bank Rakyat, ada rantai yang aku masukkan dah tamat tempoh. Nak sambung lagi dan bayar upah simpan. Hai..hai..duit..duit...

BELANJA SI BONGSU

 HARI Selasa lalu, aku ke PKNS untuk membeli pakaian sekolah si bongsu. Aku keluarkan RM1,000 untuk membeli segala kelengkapannya. Selepas ke PKNS, aku ke Plaza Alam Sentral pula untuk membaiki komputer anak ketiga aku. Akhirnya, tak sangka juga aku dah spend RM1,000 untuk perbelanjaan itu semua. Yalah, dalam beberapa jam aje semuanya habis. Nak buat macam mana, pakaian n segala peralatan sekolah semuanya mahal. Itu belum lagi termasuk bayaran asrama dan bayaran lain dianggarkan RM2,000 untuk di sibongsu. Pening...pening dibuatnya. Dah le dapat gaji awal pada 22 Disember, macam mana nak hadapi sebulan lagi.  Boleh ke ni...itulah yang buat aku pening. Duit rumah dan kereta belum bayar lagi..

Friday, December 23, 2011

JUMPA DOKTOR...

SEMALAM aku berjumpa doktor. Nak ambil laporan kesihatan. Nak tahu kadar kolestrol aku. Menurun atau meningkat. Doktor terus tunjuk surat n doktor beritahu kadar kolestrol aku hanya turun sedikit. Masih bahaya lagi. Lately ni...dada aku memang asyik sakit aje. Biasanya jika babitkan jantung, selalunya berlaku di bahagian kiri tapi aku di bahagian kanan. Aku jika minum susu memang tak pernah miss...walaupun mahal aku minum juga. Dalam tempoh tiga bulan, sukar juga kadar kolestrol aku nak turun dengan banyak. May be senaman tak banyak buat. Itu yang problem. Asyik masak n buat kek aje...Macam mana kolestrol nak turun. Akhirnya aku buat keputusan makan ubat. Doktor suruh makan ubat pada waktu malam. Aku cuma masalah kolestrol aje...yang lainnya tak ada. Takut juga jika saluran tersumbat boleh kena strok n terus meninggal. Kasihan pada anak2 aku. Eloklah aku berkorban makan ubat n elakkan makan makanan berminyak demi kesihatan aku dan juga anak2.

21 DISEMBER....

21 DISEMBER....tak sabar-sabar ke office. Nak buka internet banking. Nak tengok gaji n bonus. Bila buka aje laman payslip HCS untuk staff ...terperanjatnya. Banyaknya potong income tax...hampir RM2,000, epf...tak apalah walaupun hampir RM2,000. itu untuk simpanan hari tua. Bila tengok pula bonus...kenapa tak sampai sebulan...Akhirnya aku terkedu sendiri...Apa yang tinggal ni...Dah le banyak potongan...macam mana nak tunggu lagi sebulan. Bulan Januari belum masuk lagi...Boleh ke hadapi semuanya tu...Harap2 bolehlah...Aku terus bayar apa yang sepatutnya untuk bulan Januari supaya tidak ada tunggakan...Takut nanti terbelanja lebih....Yang penting mana-mana bil perlu disettlekan dulu termasuk ansuran kereta. Untuk bayaran asrama n duit makan anak, aku dah ketepikan...Beginilah hidup di bandar besar. Semuanya berduit...semuanya mahal..

BONUS OH BONUS...

TANGGAL 19 Disember, semua yang bukan eksekutif dapatlah bonus. Yalah bonus dua bulan. Aku pula memang dapat bonus, hanya sebulan sahaja sebab aku dilantik jadi eksekutif pada bulan Julai. Apa lagi semua orang happy dapat bonus dua bulan. Tapi pada tarikh berkenaan, aku tak bonus. Geram dan sakit hati aku juga. Aku terus call bahagian finance dan officernya dipanggil Latif memberitahu aku tak boleh dapat bonus sebulan. Aku tanya kenapa, dia kata sebab aku dah jadi eksekutif. Aku kata, aku jadi eksekutif bulan Julai. Dia mengusik aku lagi...kenapa terima jadi eksekutif. Aku tahu dia selalu mengusik aku dan akhirnya dibeirtahu bonus akan dimasukkan dengan gaji. Alamak...aku beritahunya, dapat bonus seciputlah nampaknya jika dimasukkan dalam gaji. Latif beritahu gaji akan masuk pada 21 Disember. Nampak gaya awalnya gaji bulan ni sebab kebiasaannya pada 25 hari bulan. Parah juga nak tunggu hingga 25 Januari nanti. Bonus sebulan tu penting sebab nak buat persiapan untuk anak bongsu aku balik ke asrama. Aku kena siapkan RM2,000 untuk bayaran asrama, duit makan n beli buku untuk setahun. Itu belum lagi untuk membeli pakaian sekolah n peralatan sekolah. Pening...pening...

LAMA TAK MENULIS...

HAMPIR seminggu juga tak menulis di blog. Bukannnya tak ada bahan tapi tak ada mood nak menulis n rasa malas aje nak buka blog. Mungkin nak akhir-akhir tahun ni, jadi malas pula kot..Ehhhh  mana boleh malas-malas kan. Yang penting, menulis dalam blog kena diteruskan. Jika tak macam mana nak capai target 17 ke atas post dalam blog. Bila kerja siang, ada kesempatan nak menulis, tak dibuatkan. Kan rugi namanya. Yalah, kadang-kadang seawal jam 9 pagi dah keluar dari rumah, hantar anak sulung ke tempat kerja n terus pula ke office. Masa dalam perjalanan ke office...dah jammed pula. Itu yang buat mood jadi spoil. Tiba aje di office...belum sempat duduk, kawasan yang sama kerja pagi dah serahkan tugasan untuk diedit...Tak apalah...dah tugas kena laksanakan....Bukan mudah nak dapat rezeki yang halal tambahan pula untuk beri anak-anak makan.

Saturday, December 17, 2011

PENAT...

AKU sepatutnya stayback kerja hingga ke malam. Disebabkan anak kedua aku ada dinner di sebuah hotel di Shah Alam, aku pulang awal. Aku serahkan tugas aku kepada kawan aku untuk meneruskan tugas. Habis aje jam 5 petang, aku terus pulang ke rumah. So aku pulang ke rumah dan anak aku sudah bersiap-siap n akhirnya jam 6.30 petang aku menghantar anak ke hotel itu. Anak bongsu pula nak ke Sunway Piramaid jumpa rakan-rakanya untuk makan malam. Aku juga sempat meronda di Sunway Piramid ketika menunggu anak aku makan bersama-sama rakannya. Mereka bersurai jam 8.45 malam dan aku menghantar pula rakan-rakan anak aku ke komuter Sunway sebelum pulang ke rumah. Than jam 11.30 keluar dari rumah sekali lagi ambil anak kedua di Shah Alam. Masa tu kawan-kawannya nak tumpang n kenalah hantar mereka ke apartment masing-masing dan ke rumah mereka. Wahduh....penatnya. Sampai di rumah dah jam 12.30 pagi. Esoknya nak kerja pagi n kena stayback pula. Rasa dah tak larat dibuatnya...

Wednesday, December 14, 2011

KAIN...OH KAIN...

SEMALAM, aku macam biasa le jika kerja pagi. Aku akan pakai baju kurung. So dalam perjalanan hantar naka ke tempat kerjanya, aku terasa pencangkuk kain aku terbuka n agaknya tercabut juga. Sebelum itu, aku perasaan pengcangkuknya tak berapa kuat. So bila aku tiba di parkir level 20 office aku, aku terpulang terlupa kain aku kancingnya dah terbuka dan terus turun dari kereta. Masa berjalan  beberapa meter juga aku kain aku terlucut. Ya Allah, malunya. Ada dua kereta di situ yang drivernya ada di dalam. satu di lever sama dengan aku dan satu lagi di lever 19. Aku tak perasan sama ada mereka nampak atau tidak kain aku terlurut. Apa lagi, cepat-cepat aku naikkan kain aku ke atas. Nasib baik pakai baju kurung n baju aku juga panjang. Malu juga dibuatnya. Sampai di office, aku terus tanya cleaner office aku, ada tali tak. Nak ikat kain aku seperti pakai tali pinggang. Aku dah pakai safety pin tapi tak jalan juga. Masih tak kuat. Akhirnya, dapatlah pakai tali  untuk mengikat pinggang aku itu.

Sunday, December 11, 2011

KERJA SIANG

HARI ini, aku mula kerja siang selama dua minggu. Kiranya kerja siang terakhir pada tahun ini. Selepas itu, aku mula cuti selama seminggu lagi. Apa lagi, duduk rumahlah n beli persiapan persekolahan si bongsu. Bila kerja siang ni..macam biasanya kena stayback hingga jam 10 malam. Nasib baik le rotate dengan kawan yang sama-sama kerja siang. Masalahnya, bila kerja siang, walaupun habis jam 6 petang, khuatir juga nak pulang sebab jammed teruk. Akhirnya tunggulah hingga jam 8 malam. Kali ini, aku rasa habis aje time kerja, aku nak pulang. Jammed..jammed le. Tak larat asyik nak tunggu hingga jam 8 malam. Yang penting balik awal n dapat rehat. itu pun tengok keadaan macam mana. Harap-harap apa yang aku angankan itu menjadi kenyataan.

PSP

SI BONGSU dah lama mengidam nak PSP. Akhirnya, semalam aku ke Plaza Alam Sentral Shah Alam (PASS) dan membelinya PSP. Semuanya dalam anggaran RM665. Aku dapat tawar PSP 3000 yang berharga RM750 hingga menjadi RM550. Kad memori dari 2gb aku minta 4 gb. Kad memori 4 gb itu berharga RM129, aku dapat RM80 dan beg bagi menyimpan PSP yang berharga RM59, aku dapat RM25. Yang penting, anak aku bahagia mendapat PSP itu. Dah hampir setahun dia meminta PSP itu seperti yang dijnajikan oleh kak ngah selepas mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Manalah kak ngahnya dapat mengumpulkan wang sejumlah itu dalam sekelip mata. Akhirnya cita-citanya tercapai juga. Apa lagi, anak aku sehari semalaman, asyik bermain PSP aje. Hingga tak ingat nak makan dan minum. Jika kad memori 2gb, hanya boleh muat dua game aje tapi dengan 4gb, ia boleh muat 8 games...

Saturday, December 10, 2011

PE.RKHEMAHAN

ANAK ketiga aku mengikuti perkhemahan untuk fakultinya di Kem Raudhah, Gombak selama tiga hari mulai semalam. So segala pakaian dan peralatan lain dah aku pastikan semuanya cukup dan dimasukkan dalam beg. Yang bestnya sebelum ke kem berkenaan, dia tak boleh tidur malam kerana takut. Aku kata apalah nak ditakutkan, bukannya ada apa. Lagipun semasa dia masa kecil, dah biasa pergi bengkel tiga hari dan bermalam di sana. Masa itu umurnya 12 tahun, aku hantar dia n si bongsu untuk sertai Bengkel Saya Hebat. Mungkin agaknya, dalam perkhemahan tu kena berjalan malam n buat aktiviti yang strugglekan mindanya. So jam 2.30 petang semalam, aku bersama si bongsu menghantarnya ke MSU. Ada 90 orang yang mengikuti perkhemahan berkenaan. Akhirnya jam 4.30 petang, dia tiba di sana dan hantar SMS memberitahu tempat tu memboringkan. Dah pergi perkhemahan, bukannya pergi berjalan-jalan n tidur di hotel. Petang esok, dia pulang. Rasanya, aku kena pergi mngambilnya sebab sukar juga kakaknya nak bawaq pulang beg naik motor.

NAIK BAS


ANAK bongsu aku dari Melaka. Jam 9 pagi dah naik bas nak bas  ke stesen bas Shah Alam. Ini kali pertama dia dari Melaka ke Shah Alam menaiki bas. So bila tiba aje di Stsesn Bas Melaka Sentrl, dia terus aje nampak kaunter tiket Transnasional.  Nak ke Shah Alam, perjalanannya jam 12.30 tengah hari. So, dia pun tiket berkenaan dan terpaksa menunggu hampir 3 jam di stesen berkenaan. Selepas beli tiket, dia berjalan-jalan di kaunter tiket lain n barulah perasan ada banyak bas ke Shah Alam. Masanya lebih awal lagi dan tak perlu tunggu 3jam. Nak buat macam mana, dah beli tiket n terpaksalah mengharungi. Akhirnya anak aku tiba di stesen Shah Alam hampir jam 3 petang. Aku dah tunggu di stesen bas berkenaan sejak jam 2 petang. Masa tu hari hujan n takut pula terlambat. Lepas ambil anak bongsu, aku bergegas pula ke MSU, ambil dua lagi anak aku yang habis class. Than pulang ke rumah. Penatnya...Lepas itu jam 5 bergegas ke office. Tuhan aje yang tahu betapa penatnya aku. Itu tak termasuk lagi waktu pagi jam 9 dan 11 hantar anak ke class.

Wednesday, December 7, 2011

MULA BEKERJA

SELEPAS cuti selama seminggu, aku mula bekerja pada hari Isnin. Rasa sekejap aje bercuti dan bila bekerja, mulalah bz sangat. Tiba aje di office, ada saja tugas nak buat. Biasanya aku jika bekerja kena jaga page IM atau lebih dikenali sebagai IMetro. Page yang paling leceh dan senang nak buat jika tahu tektiknya. Lepas tu pula bahan-bahan dari Sabah or Sarawak mula datang. Kali ini pula page dari Sabah. Biasanya story selalu tak cukup untuk tiga page utama edisi sana. Aku memerlukan sekurang-kurangnya 15 story. Kadang-kadang pening juga nak beri bahan story kepada sub-editor untuk membuat page. Aku selalunya work smart, akan masukkan story dari edisi lain terutama Sarawak jika story Sabah tak cukup. Sekurang-kurangnya pembaca Sabah akan tahu serba sedikit story dari Sarawak. Manakala page lain pula, akan diisi dengan story nasional. Kadang-kadang juga kena jaga story utara. Sebab tu bila malam, aku bertambah bz, yalah nak kejar date line jam 11 malam.

Monday, December 5, 2011

KAMPUNG GAJAH, PERAK

ADUHHHH...penatnya driving sehari suntuk. Keluar rumah  jam 9.15 pagi semalam. Nak ke Kampung Gajah, Perak ada majlis perkahwinan. Kawan baik anak kahwin, so kenalah bawa anak kan. Tiba di rumah orang kahwin berkenaan almost jam 12.15 tengah hari. Hampir tiga jam perjalanan. Turun di Tapah n than ke Kampar. Jumpa kawan di Kampar sebab nak ikut sama ke majlis perkahwinan berkenaan. Kemudian masuk Teluk Intan dan terus ke Kampung Gajah. Setibanya di Kampung Gajah, terus ke Balai Polis Gajah sebab nak tahu direction ke tempat majlis perkahwinan itu. Kiranya tidak sesat sepanjang perjalanan dari Subang Jaya ke Kampung Gajah. Syukur alhamdulillah selamat tiba di sana. Selepas makan dan tengok majlis persandingan, aku bersama anak dan rakan terus bertolak pulang. Itupun dah jam 1.30 petang. Aku kemudian hantar rakan aku ke Masjid Besar  Ipoh n sempat solat jamak sebelum berangkat pulang ke Subang Jaya. Dalam perjalanan ke Ipoh, aku sempat ditunjuk oleh rakan aku mengenai Bandaraya Ipoh. Apa yang aku perhatikan, tidaklah membangun Bandaraya Ipoh berkenaan. Hari cuti tak banyak kenderaan dan kedai kebanyakannya ditutup. Kiranya tak menarik sangatlah Ipoh tu jika dibandingkan dengan Melaka. Macam hometown aku di Bertam Ulu, Melaka...jika nak ke pekan kecil di Cheng pun dah bz...Banyak kenderaan, ini di Bandaraya Ipoh...sedihnya. Negeri besar tapi tiada pembangunan yang begitu ketara. Tiada bangunan tinggi yang boleh dibanggakan. Jika aku comment di facebook mengenai Ipoh, ramai yang akan melenting nampaknya. Apa-apa pun Melaka still the best. Aku bertolak pulang ke Subang Jaya jam 5.15 petang dan tiba di rumah sebelum jam 8 malam. Walaupun hujan dan jammed teruk, namun perjalanan aku pulang ke rumah suksess juga. Memang penat. Driving sejauh 550 kilometer. Aku kemudiannya singgah di Giant seksyen 13 Shah Alam, beli mcd dan KFC untuk makan malam. Dah tak larat nak masak. Jam 10.30 malam, terus masuk tidur...

Saturday, December 3, 2011

BELAJAR KERJA

BARU hari pertama anak aku bekerja. Dah merungut kerana penat. Anak sulung aku dah habis diploma n kini tunggu tawaran ke MMU di Cyberjaya. So dalam tempoh dua bulan ni...dia nak kerja. Aku tidak menghalang asalkan dia nak belajar kerja. Anak sulung aku bekerja di kedai kasut dalam pasar raya Tesco. Dia baru masuk kerja pada 1 Disember lalu. Ada masanya dia akan kerja malam dan ambil OT. Kiranya dalam sebulan, dia kena bekerja 208 jam. Kerjanya masuk jam 10 pagi hingga 4 petang n 4 petang hingga 10 malam. Gaji yang dibayar adalah RM700. Setiap pasang kasut dijual, dapatlah komisien RM1. Yang penting, dia nak belajar bekerja. Katanya, boleh tanggung untuk sambung degree nanti. Jika anak aku kerja pagi, aku boleh menghantarnya ke kedai kasut berkenaan.

NETBOOK ANAK

SEMALAM aku ke Plaza Alam Sentral untuk membeli netbook untuk anak ketiga aku. Anak aku nak yang kecil aje, about 10 inci lebarnya sebab mudah untuk bawa dalam beg terutama pergi kuliah. Harganya memang le murah dalam RM1,080 sahaja. Aku belikan anak aku netbook jenis Acer . Kiranya yang paling latest dalam pasaran sebab momorinya juga ada 2 gb. Walaupun tidak boleh meletakkan disket, ia tidak mengapa. Yang penting anak aku boleh membawanya dengan mudah. Besarnya pun macam iPad. Disebabkan dah ada netbook, anak aku tak puas-puas menatapnya. Yang penting, aku ingin melihat anak aaku bahagia da tidak menjadi alasan lagi untuk membuat assigment. Jika sebelum ini, anak kedua dan ketiga asyik berebut laptop. Kini mereka tidak berebut lagi sebab laptop dah jadi milik anak kedua. Laptop itu dah berumur dua tahun n nampak masih baru lagi., Anak pertama aku juga mempunyai laptop sendiri. Masih elok lagi walaupun dah berusia tiga tahun lebih. Aku hairan juga ada kawan aku belikan anak laptop mahal, jenama apple lagi. Tak sampai dua tahun semuanya dah rosak.

Thursday, December 1, 2011

BOSAN...TAK TAHU NA BUAT APA...


BOSAN  betul hari ni.....Nak buat apa minuman petang. Anak-anak pula tak suka kuih tradisional. Asyik-asyik na kek. Mana boleh tahan macam ni. Akhirnya aku terfikir nak buat kek suji bercampur badam. Jadilah kek itu untuk minuman petang. Sedap juga rasanya sebab bercampur suji. Kawan di office selalu cerita, keluarganya meminati kek suji n selalu buat kek suji. Minta resepi tak diberi. Akhirnya aku cari sendiri dan dapatlah resepi berkenaan. First time buat menjadi pula. Yalah, kadang-kadang bukan semua orang nak beri kita resepi tambahan pula resepi berkenaan resepi mereka sekeluarga. Yang penting aku dah tahu buat. Tak le susah sangat.

KERETA OH KERETA...

BILA sebut aje pasal kereta, memang memerlukan banyak wang jika rosak n tayar pula dah botak. Begitulah juga dengan kereta aku. Dah spend RM400 semata-mata nak ganti tayar kereta yang rosak termasuk balancing, aligment n adjust camber frt lh dan rear . Jika pakai tayar murah, mungkin harganya tak le semahal itu. Ada sesetengah tayar, harga maybe RM150 ke atas tapi aku pakai tayar goodyear. So by hook or crook, kena juga tukar tayar. Asyik jalan jauh aje...kenalah ganti tayar yang baru. Ada dua lagi tayar menunggu untuk diganti. Nantilah...itu belum botak teruk lagi....masih boleh bernyawa.
Aku tukar tayar ni sebab nak ke Perak. Takut nanti terjadi apa-apa. Elok ditukar baru aje. Cuma aku belum berkesempatan nak cat semula kereta aku. Warnanya dah pudar sikit. Yalah dah hampir enam tahun aku pakai kereta tu....Mestilah aku sayang kepada kereta aku...Dah banyak berjasa. Jika dikira tentang millage...jangan cakaplah. Dah terlalu banyak. Lainlah jika kereta tu disimpan aje dalam rumah n jaranag2 pakai. So tak adalah teru nak maintain kereta berkenaan.

Monday, November 28, 2011

KEK KUKUS KARAMEL


BILA bercuti apa lagi, aku suka nak cuba resepi baru. Petang tadi, aku buat kek kukus karamel. Rasanya memang tak manis sangat dan sesuai untuk mereka yang tak berapa suka manis. Bagi anak aku pula, katanya tak manis. Jika manis lagi best...Macam2 sikap anak aku. Nak yang manis aje. Bagi aku dah cukuplah rasa kek berkenaan. Bukkany mudah nak buat sebab nak buat gula gangus lagi....Yang aku terperanjat kek itu naik n cantik pula bentuknya. Yang penting  kek berkenaan tidak menggunakan mentega. Aku akan cuba pelbagai resepi kek di samping buat kuih tradisional. Beginilah bentuk kek kukus karamel



BERCUTI....

 HARI ini, aku bercuti lagi. Cuti selama seminggu dan balik kerja pada petang Isnin depan. Bila dah bercuti, apa lagi, duduk rumah n uruskan anak-anak. Masa ni lah nak berehat. Ramai yang berkata, mengapa ambil cuti jika berehat di rumah aje. Bagi aku tak jadi masalah. Yang penting kita cuti dan merehatkan minda. Bagi orang lain, mereka mungkin beranggapan, bercuti masa itulah untuk berjalan-jalan. Sebenarnya,. itulah yang paling penat sebab berjalan-jalan n kita tidak dapat merehatkan minda n tenangkan fikiran.Aku rasa bahagia apabila bercuti dapat berehat di rumah. Itulah namanya berehat. Sebenarnya, cuti aku masih banyak lagi pada tahun 2010. Ada balance 13 hari lagi. So kiranya dah ambil empat hari bagi minggu ni dan ada balance 9 hari lagi. Akhirnya Disember nanti,ambil lagi seminggu (lima hari cuti). Ada lagi balance empat hari, nampaknya burn macam tu lagi.

Wednesday, November 23, 2011

DONAT...OH DONAT...

AKU rasa lebih 11 tahun aku tidak membuat kuih-muih terutama donat pada minum petang selepas suami aku meninggal dunia. Memang tak dinafikan, sejak arwah tiada, aku memang tak ada mood nak masak apa2-apa pun. Apa tah lagi aku pulang ke kampung aku di Melaka, so kes masak-memasak, mak aku yang membuatnya. Pagi aku keluar n malam baru aku pulang ke rumah. Inilah caranya untuk aku menggembirakan hati dan mengubati hati aku yang rindu pada suami tercinta. Memang dari luar, orang akan tengok aku gembira, tapi sebenarnya Tuhan saja yang mengetahuinya.
Pasal donat, memang masa arwah suami ada, aku suka buat donat. Anak-anak juga suka makan donat. Anak-anak bertanya kepada aku: 'Ibu, ibu dah lama tak buat kuih untuk minuman petang. Masa ayah ada, macam-macam kuih ibu buat.
So bila aku dah sewa rumah sendiri dan duduk pula dengan anak-anak pada tahun ini, barulah aku nak buat kuih atau kek. Memang kena cara dalam Internet jika nak buat donat. Aku dah lupa semuanya. Hari ini, bila aku membuat donat selepas 11 tahun, gembiranya hati aku kerana kuih itu menjadi. Anak-anak aku juga gembira dengan donat itu. Rasanya aku kena belajar buat pelbagai jenis kuih. Kadang-kadang aku pelik juga, kenapa semuanya datang selepas 11 tahun. Aku rasa angka sebelas begitu sinonim dengan aku.Asyik-asyik selepas 11 tahun. Nanti aku ceritakan pasal angka 11.

Sunday, November 20, 2011

TEH HIJAU

SEMALAM, aku ke Tesco. Macam biasalah...beli barangan dapur termasuk ikan dan sayur. Hmmm...beli punya beli dah melayang RM240. Barangnya tak nampak apa pun....Itulah nilai duit sekarang ni. Belum lagi beli beras dan minyak yang akan habis dalam masa dua atau tiga hari lagi. Wahduh....pening kepala dibuatnya. Dalam membeli barangan dapur itu, aku terlihat teh hijau. Dah lama nak minum teh hijau, akhirnya aku beli teh hijau boh. Balik aje dari shopping, aku terus rendam seuncang teh hijau n malamnya tambah lagi seuncang.
Rupa-rupanya ada banyak khasiat teh hijau tu...walaupun pahit, sedap juga diminumnya.
Dari apa yang dibaca, didapati teh hijau ini mempunyai kelazatan dan kenikmatan yang tak terperi. Ia boleh menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit.. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :
• Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
• Melindungi daripada hepatitis
Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
• Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang 'amylase' sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

• Mencegah keracunan makanan
Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
• Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.



Friday, November 18, 2011

KAD MESRA

BALIK dari office, aku singgah di stesen minyak federal highway untuk mengisi minyak. Minyak tinggal satu bar lagi. Awal pagi nak ke Seremban, takut minyak habis. Manalah tahu jika jammed nanti, parah aku dibuatnya. Aku malas nak keluarkan duit so aku pakai kad Mesra Petronas. Kad redeemed aku ada 4,533 point. So bila sampai di stesen minyak, aku terus masuk kad Mesra dalam tempat kad kredit. So aku clik yes n diminta mengisi minyak.  Akhirnya, aku dapat mengisi minyak berjumlah RM45.33. Siapa sangka kan...Tak sia-sia collect point, akhirnya dapatlah hasilnya. Selama ini aku tak tahu, keistimewaan kad berkenaan...Rugikan selamanya tak gunakan kad Mesra. Juruwang di kaunter pernah beritahu aku, jika point dah banyak n tak digunakan...ia akan expire macam tu. Bayangkan macam aku isi minyak RM60 seminggu, jika sebulan dah berapa...hampir RM300. Ini bermakna jika RM300 sebulan, ini bererti dapatlah point 180. Siapa nak beri. Jika setahun berapa belanjanya pula.

Tuesday, November 15, 2011

HAI....SI CIMOT

KUCING kesayangan aku, Si Cimot dah sebulan berada di kampung. Kini bila anak-anak pulang ke Subang Jaya selepas sebulan berada di kampung, Cimot turut juga pulang. Selama di kampung asyik duduk di rumah bawah dan boleh berlegar-legar di kawasan rumah. Bila pulang ke Subang Jaya, kenalah duduk di tingkat 12. Tak boleh keluar ke mana-mana, Terperuk aje dalam rumah. Jika di Melaka, boleh berak bersepah-sepah tapi di Subang Jaya, kenalah berak dalam bilik air.
Yang bestnya, masa dalam kereta....macam-macam  ragam dibuanta. Duduk atas dashboard le..Paling mudah, beri anak patung kepadanya, senyaplah dia. Seperti biasa Cimot tak buang air kecil or besar dalam kereta. Agaknya dia tahan semuanya tu sehingga sampai destinasi.
Balik aje ke Subang Jaya, terus aje anak kedua aku mandikannnya. Yalah dah sebulan di kampung n asyik main di luar kawasan rumah. Dah kotor bulunya...

LAMPU TIDUR

HARI sabtu lalu ketika pulang ke Melaka, aku kedai menjual lampu. Akhirnya dapatlah membeli lampu tidur anak aku. Lampu jenis down light n hanya boleh didapati di kedai jual lampu aje. Jika tak bawa balik contoh mentolnya, sure sukar juga nak beli. Nanti bila dah beli, tak boleh pasang pula. Kan aniaya namanya. Akhirnya aku dapatlah beli mentol berkenaan. Ingatkan harganya mahal, rupanya baru RM10 sebuah. Apa lagi aku beli dua...bilik aku juga gunakan jenis mentol yang sama. Jika jenis mentol down light yang simple, memang boleh terdapat di pasar raya atau pusat beli-belah Tesco. Aku pula memang tak tahu kedai jual lampu di Subang Jaya. Bila tiba aje di rumah Subang Jaya, macam biasalah anak kedua aku akan memanjat katil dan memasang lampu berkenaan. Dahlah terang bilik anak pertama aku. He he he...Apa tak terbakarnya, tidur malam buka lampu kerana takut tidur dalam gelap.

Saturday, November 12, 2011

JUMPA ANAK BONGSU

PAGI ni...selepas siap membuat muffin untuk anak bongsu, aku bergegas ke Seremban. Aku bangun awal untuk membuat muffin coklat. Akhirnya muffin dapat disiapkan dan jam 10 pagi aku bergegas ke Seremban. Dapatlah siapkan 24 biji muffin. Aku hanya memberi 15 muffin kepada si bongsu. Suruh adik beri kepada rakan-rakannya. Aku ke Saser untuk mengambil sebahagian buku adik. Ingatkan sikit, rupanya satu beg besar. Ya Allah, nak angkat n masukkan ke but kereta bukannya mudah. Yang penting dah bawa sebahagian beg membawa buku. Jumaat depan, kena bawa lagi buku, pakaian dan pelbagai lagi. Adik kata jika semuanya nak bawa Jumaat depan, mungkin tak muat kereta. Yalah duduk di asrama, memang banyak benda kena beli n bawa pulang. 
Aku memang berniat nak bawa muffin untuk anak aku. Akhirnya dapat juga aku buat. Syukur alhamdulillah...





TARIKH 11.11.11

INIlah tarikh keramat yang diperkatakan semua orang. Semua orang nak buat acara tertentu pada tarikh berkenaan termasuklah bernikah, mendapatkan anak dan pelbagai lagi. Bagi aku semua tarikh itu memberi seribu makna jika kita pandai menghayati tarikh berkenaan. Setiap tarikh ada makna tersendiri. Tarikh 11.11 adalah tarikh arwah bapa aku dilahirkan. Jika arwah masih hidup, usianya dah 67 tahun sekarang ni. Cuma umurnya tak panjang kerana arwah lebih menyayanginya dan meninggalkan dunia pada usia 58 tahun. Semoga Allah mencucuri roh bapa aku dan ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman.
Bagi aku, aku akan mengingati setiap tarikh pada yang ada pada keluarga aku termasuk tarikh lahir mereka. Tarikh lahir adik-beradik, anak, ipar dan juga anak saudara. Sebenarnya, bukan mudah untuk mengingati tarikh setiap orang dalam keluarga kita.
Disebabkan itu, mak aku akan membuat majlis hari lahir tanpa mengira anak, menantu dan cucunya. Itulah cara bagi mak aku menunjukkan kasih sayang kepada anak, menantu dan cucunya.
Yang penting, ingatlah setiap tarikh yang pada pada kita. Malah, pakar motivasi, Profesor Izzi Ali meminta kita terutama umat Islam supaya jangan terlalu taksub pada nombor dan  tarikh tertentu. Jangan ikut seperti bangsa lain kerana ia mungkin boleh berunsur khurafat. So renung-renungkan lah...

Friday, November 11, 2011

ULI KARIPAP

MUNGKIN orang akan pelik bila mendengar aku tidak pandai membuat karipap. Walhal itulah kuih yang paling mudah dibuat. Ambil tepung, air gram, planta (jika suka) n telur (jika suka), uli aje. Dah jadi doh. Tapi disebabkan aku nak yang kelainannya, karipap yang rangup, aku minta resepi dari kawan aku. Akhirnya berjayalah membuat karipap yang menggunakan keempat-empat ramuan berkenaan iaitu tepung, air gram, telur n planta. Kenalah uli lama-lama supaya sebati. Nak buah intinya...mudah aje. Aku masukkan kentang n daging ayam lagi. Barulah best...Inilah karipap yang aku buat...walaupun tak secantik mana, ialah tak pandai nak mengelim tepinya. Pakai yang ready make aje...itu pun bila goreng, asyik tepinya terbuka aje. Aku kena belajar mengelim tepinya..barulah karipap akan cantik.





Thursday, November 10, 2011

KEK COKLAT MOIST

HARI ni...aku buat kek coklat moist.  Sengaja aku lain sikit banding sebelum ni. Sebelum ni aku tak letak coklat moist tapi kali ni aku letak coklat moist.  Pakai coklat untuk masakan. Memang rasanya manis n tak boleh nak makan banyak-banyak. Jemu dibuatnya. Aku minta anak aku bawa ke training silatnya dan beri kepada kawan2nya. Aku juga bawa ke office...kawan2 aku kata sedap. Kiranya buat kali kedua berjaya. Lain kali aku nak pakai kukus pula. Walaupun diminta membakarnya selama sejam, aku buat tak sampai sejam. Khuatir juga hangus. Barulah aku tahu kenapa, kek coklat moist kena bakar api atas dan bawah. Bila kita keluarkan dari dulang pembakar, ia akan terbalik n terus aje tuang coklat moist ke atasnya. Itulah yang menariknya. Jika ada topping, hias atas kek berkenaan dengan buah-buahan seperti buah kiwi tentu menarik lagi. Lain kali aku nak buat macam tu.





Wednesday, November 9, 2011

PERTAMA KALI BUAT CAPATI

ANAK kedua aku meminta aku buat capati untuk makan tengah hari. Katanya, tepung attar dah ada, kenapa tak buat aje. Aku minta dia membuatnya namun, dia tak mahu. Katanya, dia buat kuah kari dan aku mengguli tepungnya. Yalah, bukan mudah nak mengguli tepung. Akhirnya aku buat keputusan untuk menggulinya dan membalutnya dengan kain basah selama setengah jam. Kemudian aku membuatnya bulat-bulat macam bola tenis. Lepas itu aku mengadunnya menjadi nipis dan terus menggoreng di kuali leper. Sebenarnya kuala leper tu baru dibeli juga. So kenalah gunakan. Sebenarnya senang aku membuat capati. Anak aku menggorengnya sambil masak kuah kari.
Jangan terperanjat..aku makan hingga empat keping. Yalah roti tu kecil-kecil aje jika dibandingkan kita makan di restoran. Lepas ni nampaknya, hari-hari makan capati...

KEK CAWAN

HARI ini tiba-tiba aku terasa nak makan kek cawan. Sebenarnya keinginan nak makan kek cawan itu sejak minggu lalu. So aku paksa diri aku membuat kek cawan vanilla. Akhirnya aku berjaya buat 15 biji kek cawan. Oklah juga kan. Nak buat bukannya susah. Jika ada semua ramuannya, ia menjadi mudah aje. Telur pun pakai 3 biji aje. Walaupun ada satu bahannya dah habis simpanan dalam rumah, ia tak menghalang aku nak buat. Yang penting, kek cawan itu menjadi dan enak dimakan ketika panas.
Disertakan gambar yang menarik ketika membuat adunan kek cawan n kek yang sudah siap.

Tuesday, November 8, 2011

RAYA....

BILA perkatakan pasal sambutan raya, aku macam biasa aje. Yalah, dah dewasa tak nak nak sambut terkinja-kinja. Yang penting anak2 rasa bahagia apabila menyambut raya tu. Pada hari Sabtu, aku bawa mak aku beli perkakas untuk masak rendang termasuk beli ayam dan daging. Memang masakan biasa aje.
Masak sambal kacang, buat nasi impit. Semua tu mudah aje disiapkan. Adik pula datang masak di rumah, buat kuah mee kari. Itu bahagian dia. Adik-beradik kenalah bawa menu masing-masingf di rumah mas. Barulah meriah sedikit hari raya.
Selepas solat sunat raya, kami adik-beradik makan juadah yang disediakan. Adik ipar aku turut membawa sup daging yang dimakan dengan roti. Kiranya ada pelbagai makanan pada pagi raya itu. Selesai aje makan, adik lelaki aku yang sulung bersama anak-anaknya bergegas ke surau. Dia buat korban dua ekor lembu. Macam kebiasaan dibuat setiap tahun. Kami juga ke sana. Di surau Kampung Tengah itu, ada empat ekor lembu dikorbankan. Di area masjid pula ada dua ekor lagi lembu dikorbankan. Kiranya, meriah juga penduduk kampung menikmati daging korban. Jika ada rezeki tahun depan, nak juga aku buat korban untuk kami anak beranak. Kena simpan duit dari sekarang. Harga lembu pun dah mahal.
Petang itu kira-kira jam 4.30 petang, aku bertolak pulang ke Subang Jaya. Hantar anak ke rumah n aku pula terus ke office. Kena kerja....pada raya.

DRIVE SLOW

AKU balik ke Melaka untuk menyambut Aidiladha pada malam Jumaat lalu. Habis aje kursus petang Jumaat itu, aku pulang ke rumah n ambil anak perempuan kedua aku. Setiap kali balik ke kampung, aku memang tak bawa apa2-apa barang sebab pakaian aku memang ditinggalkan di rumah mak aku. Selepas solat Magrib n selesai makan malam, aku bertolak pulang. Selepas keluar aje tol Batu Tiga, dah berderet kereta. Aduhhhh...jam berapa nak tiba ni..Kali ni memang aku drive slow aje...tak ada apa nak dikejarkan.
Accident di highway bukan main banyak lagi...semuanya kes langgar belakang. Pada masa yang sama, aku terima call dari kawan aku di Ipoh. Dua kali dia call, aku memang tak jawab..bahaya drive sambil angkat phone. Tention dibuatnya...dah kereta banyak n hujan pula. Tak dijawab call, kawan aku sms pula...Akhirnya aku tiba di rumah jam 10 malam. Aku ikut pintu masuk tol Ayer Keroh...walaupun banyak kena bayar tol RM18.50. Yang penting dapat sampai di rumah dengan selamat. Masa tu adik lelaki aku dengan wifenya ada. Mereka baru tiba.
Sebenarnya, aku takut nak drive laju, tayar belakang sebelah kanan dah botak n makan sebelah. Mungkin asyik langgar lubang aje. Masa tukar minyak hitam, mekanik dah beritahu aku, keempat-empat tayar kena buat alignment dan balancing tayar. Ini kerana keempat tayar aku alignmentnya dah lari. Jika buat nanti, kena bayar lebih suka sebab ada empat besi yang perlu dimasukkan di situ. Aku pun tak tahu namanya apa. Itu aje dah cost RM150 n tak termasuk tayar lagi. Kena siapkan RM400. Tukar minyak last monday dah kena RM200.
Budget dah lari..tak boleh nak tukar tayar. So kenalah drive slow. Hmmm...nak buat mcm mana. Cermin depan yang retak pun belum berganti lagi...

Thursday, November 3, 2011

KURSUS LAGI

HARI ini dan esok, aku berkursus lagi. Lepas ni habislah kursus aku untuk tahun ini. Tak tahu pula untuk tahun depan. Aku macam biasalah, bila kursus start jam 9.30 pagi, aku terpaksa keluar awal. Pagi ni jam 8 pagi dah keluar dan akhirnya tiba di office hampir jam 9.30 pagi. Wah du...penatnya. Terpaksa tempuh jammed lagi.
Bila berkursus, aku macam biasa, suka silent handphone. Bila time lunch aku tengok ada beberapa call dari anak bongsu di Negeri Sembilan dan satu lagi dari adik aku di Shah Alam. Aku call adik aku n anak bongsu pula, aku tak call sebab dia biasanya pakai public phone.
Bila kursus bermula jam 2 petang, aku silent lagi handphone aku. Bila habis kursus jam 5.30 petang...aku dapati banyaknya missed cal...dari anak sulung dan mak aku di Melaka. Apa hal mereka ni, ada perkara tak elok berlaku ke....Call dari anak bongsu ada juga. Tention juga dibuatnya....Bila aku call semula, semua panggilan tak dapat pula. Than kawan aku dari Ipoh hantar sms. Katanya, aku kursus macam final exam. Senyap tanpa berita. Memang aku tak jawab smsnya yang dihantar pada awal pagi.
Kenapalah orang tak faham....jika penceramah suruh silentkan handphone, kita kenalah ikut. Jika tak asyik balas sms or jawab call macam mana nak faham apa yang disampaikan penceramah.Macam aku, memang aku silentkan phone. Tak kanlah beberapa jam berkursus tak boleh nak tinggalkan phone itu. Masa tea time, boleh buka handphone. Setiap kursus kan ada time breaknya...

Wednesday, November 2, 2011

BARANG KEMAS

AKU ke koperasi UITM untuk menukar surat pajak barangan kemas aku. Ada rantai dan gelang tangan aku pajakkan di situ. Aku cuma nak renew surat pajak berkenaan. Tak wang nak ambil barangan kemas yang berjumlah hampir RM8,000 itu. Bila aku ke kedai koperasi berkenaan, kerani di situ memberitahu ada seutas rantai dah tamat tempoh akhir Disember tahun lalu.
Ya Allah, terperanjatnya aku. Nasib baik barangan kemas itu tak hilang macam itu sahaja. Kata kerani berkenaan disebabkan dah hampir setahun barangan itu, aku kena bayar hampir RM900 sebagai upah simpan. Itu untuk rantai aje. Bagi gelang tangan aku pula, aku kena bayar hampir RM500 untuk upah simpan.
Bayangkan pembayaran upah simpan bagi kedua-dua barangan itu sebanyak RM1,400. Lebur duit aku begitu sahaja. Mungkin sebab  aku tak perasan tarikh pajak gadai berkenaan dah tamat tempoh. Upah simpan setiap barang antara RM2.50 hingga RM3.00 mengikut nilai harga barangan kemas itu. Yang penting bila tarikhnya berakhir pada akhir Januari tahun depan, aku pastikan bayaran upahnya aku lanjutkan...Nak keluarkan barangan itu memang tak ada duit.
Yang penting, barangan kemas itu terjaga dengan baiknya. Barangan kemas itu adalah hadiah daripada suami aku. Kenalah aku jaga dengan baik.

LAMPU TERBAKAR

Dua lampu dalam rumah terbakar. Lampu bilik air dan bilik tidur anak sulung pertama aku. Nak ganti lampu yang terbakar tu bukannya mudah. Dah rumah tu tinggi, tiada pula tangga. Maklumlah rumah sewa, mana ada banyak perkakas. Tak kan nak beli tangga pula. Akhirnya, aku minta anak kedua aku buka lampu di bilik tidur kakaknya dengan panjat katil dua tingkat. Berjaya dibuka. Dalam bilik air pula, aku syorkan anak aku mengambil almari buku kakaknya dan gunakan untuk membuka lampu berkenaan.
Akhirnya semua berjaya dibuka semalam. Pagi ni pula aku membawa dua downlight tu ke Tesco. Yang ada hanya lampu bilik air sahaja. Lampu macam tu mudah didapati. Masalahnya sekarang lampu dalam bilik tidur yangb terlampau canggih. Dah beberapa kedai aku mencarinya tapi berjumpa dengan `seangkatannya'. Nampaknya kena bawa pulang ke Melaka dan mencarinya di kedai lampu. Harap2 adalah lampu berkenaan.
Gembira hati anak kedua aku kerana lampu bilik air dah ok. Jika tak, kenalah masuk ke bilik air aku untuk mandi dan berbuat apa saja.

Monday, October 31, 2011

MINUM SUSU

HARI ini genap sebulan aku minum susu Omega Plus. Gembiranya hati kerana dapat kurangkan kadar kolesterol aku. Apa yang aku tahu, kadar kolesterol boleh kurang sehingga tujuh  peratus, Walaupun tak banyak, sekurang2nya kadar kolesterol boleh turun. Jika aku terus minum selama-lamanya, kadar kolesterol terus akan menurun. Yang penting ada keyakinan untuk minum susu berkenaan. Sebenarnya susuk Omega Plus seberat satu kilogram ni agak mahal harganya iaitu RM37.00. Ini bermakna setiap bulan aku perlu beli dua kilogram.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Nestle Omega Plus Acticol dengan sterol tumbuhan adalah produk susu pertama dan satu-satunya di Malaysia yang membantu menurunkan tahap kolesterol darah. Macam aku, aku minum dua gelas susu selama 30 hari.  Susu ini mempunyai kandungan kalsium yang tinggi untuk membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat dengan imbangan asid lemak penting, Omegara 3 dan 6.
Aku ada dua bulan lagi untuk membuat pemeriksaan penuh mengenai kadar kolesterol aku. Aku berharap kadar kolesterol aku akan turun hingga ke paras yang paling mengembirkan aku. Insya Allah...aku boleh buat.

Thursday, October 27, 2011

TUKAR TEMPAT

HARI NI, bertukarlah tempat duduk aku dalam office. Selama ni duduk di belakang aje disebabkan tiada tempat duduk eksekutif. Bila meja baru dipasang, dapatlah duduk di tempat baru. Lega rasanya. Tapi duduk depan boss le...nak chat pun susah juga. Nak buat macam mana, yang penting sebaris dengan eksekutif...tak le terasing asing beberapa bulan sebelum ni. Walaupun dapat offer jawatan baru pada bulan Julai, still duduk di tempat lama yang asal. Tapi yang bestnya, tempat tu corner lot...so jiran tak adalah nak sepahkan tempat.
Sekarang ni pula duduk dengan eksekutif lelaki. Tempat dia ok aje, tak bersepah pun....So aku kenalah jaga tempat aku. Aku memang tak boleh tengok tempat bersepah atau berdebu. Nanti selesemalah aku dibuatnya.

Wednesday, October 26, 2011

NASIB BAIK....

NASIB baik tak kena saman. Semalam pagi ke Maybank Cheng nak keluar duit. Nak beli makanan untuk anak2 di kampung. Lepas keluar duit, anak ke kedai pemborong di Krubong. Ketika keluar dari bank, aku buat u-turn n terus masuk ke kiri kanan jalan. Seaptutnya aku kena kena keluar ikut laluan kedai. Aku memang tak perasan ada polis buat road-blok di Jalan Cheng berkenaan. Apa tah lagi, disuruh berhenti di bahu jalan. Aku pakai tali pinggang n begitu juga anak aku. Aku tanya kenapa, polis itu menjawab tak boleh ikut laluan ni...sebab public dah complaint. Kena ikut jalan di depan kedai, sedangkan laluan yang aku lalui ada trafik light. Macam mana ni...tak kan nak bayar saman macam tu. Dah lah tak ada signboard n laluan itu ada tarffic light. Tak masuk dek akal.
Aku ambil kad kerja n name kad aku terus jumpa pegawai turus trafik daerah Melaka Tengah. Aku beritahu aku adalah wartawan. Dia tengok kad aku.... Seorang daripada pegawai trafik itu kenal aku n tanya aku datang abang ke...Aku memang kenal n dia juga kenal aku. Aku kata tak adalah...masih seorang lagi...
Aku akhirnya tak kena saman sebab aku kerja di press. Syukur alhamdulillah...jika parah juga. Yalah tak semena-mena nak bayar saman sedangkan laluan berkenaan punyai lampu trafik.

Sunday, October 23, 2011

BANJIR KILAT

MALAM jumaat lepas, bengangnya aku tersangkut dalam jammed. Lepas itu banjir kilat pula. Ya Allah...dugaan betul terpaksa aku hadapi. Aku keluar office jam 8.30 malam sebab nak tunggu hujan berhenti walaupun aku boleh pulang jam 6 or 6.30 petang. Keluar aje dari office...Jalan Bangsar dah jammed teruk. Aku terus ikut federal highway nak balik ke Subang Jaya. Masa tu, jangan cakap le..memang jammed teruk. Ya Allah...jam berapa nak sampai ni. Selepas tol batu tiga, (RM1.60), nak ke Jalan Batu Tiga Lama, aku dapati jammed teruk. Aku ingatkan ada accident. Jalan macam kereta lembu aje. Aku terus ikut lane sebelah kiri, ingatkan senang nak masuk ke persimpangan CSR. Hampir sejam setengah aku di situ. Akhirnya, barulah aku tahu banjir kilat di situ. Banyak kereta enggan meneruskan perjalanan khuatir kereta rosak atau tersangkut dalam banjir kilat itu.
Aku nekad teruskan perjalanan  dan sanggup mengharungi banjir kilat tu. Yalah tak samapi 500 meter, rumah aku. Berapa lama lagi aku nak tunggu dalam kereta dan biar air surut. Aku nekad rempuh banjir kilat itu dan akhirnya aku berjaya. Syukur alhamdulillah kereta aku tidak ada apa-apa. Ada sebuah kenderaan MyVi dipandu oleh wanita tersangkut dalam banjir tu. Aku pada mulanya memang takut n aku terus nekad sambil membaca ' Allah humma ya sir wa laa tu a sir (Ya Allah permudahkan, jangan susahkan). Aku baca beberapa kali dan akhirnya selamat sampai di rumah jam 11.30 malam.
Bayangkan macam mana penatnya aku pada hari itu...Hanya Tuhan aje yang tahu...
Terima kasih Waja - MBH6235.

Friday, October 21, 2011

SAMBUT HARI JADI

BUKA aje fb nampak gambar anak perempuan ketiga aku dengan dua biji kek. Class gitu...ada dua biji untuk sambut hari lahir ke-18 tahun. Emak aku yang membeli kek berkenaan untuk sambut hari lahir akim. Sebabnya masa 20 Oktober aku bekerja dan tak sempat nak balik ke Melaka untuk sambut hari jadi. Kerja siang. Jika nak sambut pun, kena buat berdua, akim n adik. Tunggu adik balik Melaka pada hari raya haji nanti. Barulah kita celebrate birthday mereka.
Sebenarnya kek berkenaan adalah untuk akim dan anak saudara lelaki aku, Kamil. Anak saudara aku itu birthdaynya pada 19 Oktober. Itulah sebab mak aku beli dua kek sekali dan sambut birthday mereka di rumah mak aku.
Anak aku pula dapat hadiah bantal yang dipanggil  'semut'. Dari dulu lagi akim berminat dengan bantal itu. Mak saudaranya sempat tulis atas bantal itu. Anak saudara aku pula dapat seluar...
Apa-apa pun terima kasih mak sebab buat birthday untuk akim dan kamil. Semoga Tuhan membalas jasa mak. Amin...

Thursday, October 20, 2011

TAK SESAT....

JAM 8 malam, semasa aku nak pulang ke rumah selepas habis bekerja, adik perempuan aku call. Katanya, dia dan suami dah tiba di Alamanda Hotel. Dia suruh aku datang dan bawanya ke rumah aku kerana suaminya ada perjumpaan di hotel berkenaan. Adik aku malas nak tunggu di lobby hotel berkenaan kerana tentu lambat habis perjumpaan pasal projek suaminya itu.
Aku bernasib baik baru bawa kereta turun dari level 19 ofis aku. Adik ipar aku beri direction untuk aku ke sana. Katanya ikut susur Jalan Barat untuk ke PJ. Katanya di Jalan Timur ada Hotel Hilton. Aku memang selalu nampak kedua-dua hotel berkenaan ketika aku melalui federal high.way untuk ke office atau pulang ke Subang Jaya. Cuma nak ke sana, macam mana. Adik ipar aku confident aku boleh sampai ke Alamanda Hotel. Bila aku tiba aje di susur Jalan Barat, adik aku terus telefon tanya di mana. Aku beritahu dah nak dekat sampai.
Adik aku terkejut kerana aku boleh sampai ke hotel berkenaan dalam masa sekejap aje walaupun ada banyak kereta. Memanglah aku takut juga sesat, dah le hujan n waktu malam pula. Aku kena fokus betul-betul supaya tak sesat dan akhirnya aku selamat tiba di hotel. Aku ambil adik aku bersama anak perempuannya dan terus pulang ke rumah.
Anak sulung aku terperanjat melihat ummi dan sepupunya ikut aku. Disebabkan adik dan anak saudara aku belum makan, anak sulung aku masak ayam instant aje. Akhirnya makan juga mereka walaupun lauk yang simple. Aku memang jarang makan malam selepas jam 8 malam....
Adik ipar aku datang ambil isteri n anaknya sebelum jam 12 tengah malam untuk pulang ke Melaka. Adik ipar juga minta direction untuk datang ke rumah aku. Nasib baik juga dia tak sesat. Katanya, mudah aje nak ke rumah kak mas...ikut hway aje.Selepas adik balik, aku terus aje tidur. Masa berbual dengan mereka dah beberapa kali menguap. Memang letih sangat bila kerja siang.

Wednesday, October 19, 2011

25 TAHUN BEKERJA

WAH....dapat surat suruh attend majlis sambutan lebih 25 tahun bekerja di NSTP. Tak sangka rupanya dah lebih 25 tahun aku bekerja di sini. NSTP meraikan hari bersejarah itu pada 22 Oktober ini di Cititel Hotel di Mid-Valley. Pihak pengurusan NSTP buat majlis h-tea. Tapi yang tak bestnya...tema pakaian adalah tahun 60an atau 70an. Mana nak cari pakaian itu. Tak kan nak sewa or beli baju baru. Umur dah meningkat begini, tak sesuai rasanya pakai pakaian bertema tu....Buat malu aje. Lainlah jika badan slim n tentu menarik jika pakaian tahun 60an atau 70an.
Aku sejak bekerja di NSTP tak pernah tukar tempat kerja. Prinsip aku mudah aje, 'tumpu pada satu aje' hingga akhir hayat. Bukan nak kejar gaji yang tinggi. Gaji yang diberi oleh NSTP atau Media Prima berbaloi n mencukupi. Yalah...kenalah fikir setakat mana pelajaran yang kita ada. Yang penting dapat rezeki yang halal n boleh beri anak makan.
Jika gaji berpuluh ribu setiap bulan pun, jika tak betul perjalanannya tak cukup juga. Yang penting macam mana kita manfaatkan duit berkenaan.
Bagi aku mudah aje, aku gembira bekerja di NSTP. 


Monday, October 17, 2011

MANDI LAUT

PETANG sabtu lalu, aku ke pantai Pengkalan Balak. Bawa anak-anak, mak dan anak saudaraku berumur 2 tahun setengah mandi-manda. Bukan main seronok lagi mereka dapat mandi laut. Jam 10 pagi aku dah bertolak. Mulannya ingat nak ke Pantai Puteri tapi nampaknya air sedang pasang dan ramai pula orang di situ. Aku buat keputusan ke Pengkalan Balak. Tak bawa menu banyak...cuma mihun goreng n beli roti aje. Bawa air teh n suam aje...Malas nak membazir.
Tapi best juga, aku dapat tempat yang selesa so tak ada masalah untuk berteduh. Ada pokok besar yang rendang. Bentang tikar dan terus letak makanan di situ. Anak ketiga dan anak saudara aku sudah tak sabar-sabar nak mandi laut. Pada mulanya si kecil itu, takut juga nak mandi laut...al maklumlah dah lama tak berendam di laut. Akhirnya masa matahari terik, mereka tetap mandi dalam laut.
Aku buat keputusan untuk pulang jam 3 petang selepas mereka puas mandi-manda. Memang le penat. Setiba di rumah aku terus berehat dan memberitahu anak sulung aku, nak pulang ke Subang Jaya jam 6 petang.
Aku terpaksa pulang ke Subang Jaya sebab bekerja pada pagi Ahad. Apapun aku puas berikutan mak aku dapat ikut aku bersama-sama ke pantai. Selama ini memang aku yang membawa mak ke laut...tengok keindahan laut.

Sunday, October 16, 2011

KERJA PAGI

HMMMMM...macam mana ya kerja pagi pada hari Ahad. Tentu rasa malas nak pergi kerja kan. Yalah baru bercuti seminggu n kena bekerja pula pada hari Ahad. Bagi yang dah biasa bekerja pada hari cuti umum atau hujung minggu, tak rasa apa-apa pun. Itulah tempat kita menjadi rezeki n kenalah bekerja dengan hati yang tenang supaya segala rezeki yang kita terima diberkati  Allah.
Kerja pada hari Ahad, memang lah tak ramai orang. Jika ada pun mereka yang datang bekerja pada waktu petang. Bila bekerja hari Ahad kenalah bawa bekal sebab kafe atau restoran tak buka. Lagipun malas nak berjalan ke kedai makan. Dah le panas terik...

Wednesday, October 12, 2011

RAWAT KOLESTeROL

MEMANG ramai tak tahu, buah plum mempunyai banyak khasiat. Selain enak dimakan, buah plum juga bagus diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol. Mcm aku ni yang ada tinggi kolesterol. Buah plum mempunyai khasiat 'diphenylisation' iaitu membantu menurunkan paras serum dalam darah. Sebelum mencuba ubat-ubatan lain, elok makan plum terlebih dahulu dalam kuantiti yang cukup untuk merawat kolesterol. Kaedah terbaru n boleh cuba.
Satu lagi buah yang patut dicuba ialah epal. Makan sebiji epal atau segelas jusnya setiap hari boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Ada kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan 'phytonutrient' yang membantu melambatkan pengkosidan kolesterol yang tidak baik.
Hmmmm...sebut tentang kuaci...akulah penggemarnya...Jika makan di ofis, orang kata aku ni hamster...sebenarnya mereka tak tahu khasiatnya. Sebenarnya kuaci mempunyai zat besi. Apabila seseorang kurang mengambil zat besi, ia dapat meningkatkan kadar kolesterol (lemak LDL) dan mengehadkan kolesterol (lemak HDL). Untuk membantu tubuh mendapat khasiat zat besi, kenalah makan dengan kuaci tawar (tanpa perisa) dari jenis labu atau bunga matahari. Ia juga dapat mengurangkan kewujudan kolesterol berlebihan dalam badan.
Yang paling mudah menurunkan paras kolesterol ialah mengamalkan makan kismis. Bagi mereka yang mengamalkan diet dengan 400 kcal kalori kismis setiap hari, ia dapat menurunkankadar kolesterol dalam darah sebanyak lapan peratus. 400 kcal kalori adalah bersamaan dengan 1/5 daripada jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang wanita.

BANYAK MEMBACA


BILA bercuti ni, aku banyak habiskan masa dengan membaca aje. Bayangkan jika baca novel, dalam tempoh dua jam dah habis baca. Aku juga banyak membaca buku pasal kesihatan...yalah umur meningkat n sejak ada kolesterol tinggi. Aku sentiasa berjaga-jaga n mencari penawar yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Aku rasa sungguh bahagia apabila banyak pengetahuan aku ketahui mengenai kesihatan apabila membaca buku kesihatan ini.
Barulah aku mengetahui, apabila kita berjalan sebanyak 25 langkah, kita hanya membakar satu kalori aje. Patutlah kementerian kesihatan selalu war-warkan supaya berjalan 10,000 langkah sehari....rupa-rupanya bersamaan dengan pembakaran 400 kalori. Syukur alhamdulillah...setiap hari aku dah buat bakar 400 kalori.
Aku tahu bukannya mudah nak turunkan berat badan tambahan pula dah berumur 40 tahun ke atas...yang penting ada tekad untuk menurunkan berat. Kena berusaha n control makan...Makan banyak buah-buahan. Itulah yang akun lakukan sekarang ni....Sekarang ni pun dah turun sekilogram....Gembiranya hati aku...Bayangkan wanita berumur macam aku cuma boleh mengambil 1,500 kalori setiap hari. So apa nak makan sekarang ni...kena tahu berapa banyak kalori....Burger mempunyai kalori yang tinggi....so kena control makan burger...he he he...

YEH..YEH..YEH

YEH...YEH...YEH...hari ini dah empat hari bercuti. Tentu orang akan bertanya, buat apa cuti ni...Tak kan duduk di rumah aje. Jawapannya Yes..memang duduk di rumah. Paling membahagiakan duduk di rumah. Pagi ke gym....exercise selama sejam...dapat bakar kalori 450......balik baru nak b'fast. Minum segelas susu Omega Plus dengan dua keping roti. Kemas rumah than terus memasak.
Bila anak exam ni...sebagai ibu kenalah solat dan mengaji supaya anak dapat menjawab exam dengan mudah. Ibu mana tak risau jika anak duduki exam. Orang akan terperanjat jika aku ambil cuti semata-mata anak exam semestar. Itulah yang aku lakukan setiap kali anak ambil exam penting. Sebelum ni, anak2 ambil UPSR, PMR dan SPM. Sekarang ni exam semestar pula. Harap2 mereka dapat keputusan yang baik.
Aku gembira bercuti kerana anak ambil exam.Bayangkan aku pernah baca surah Yassin dari mula jam anak duduk exam hgga selesai exam. Dalam masa dua atau tiga jam membaca surah Yassin.
Bila petang, buat kuih minum petang. sebelum ni buat karipap, semalam buat kek n hari ni buat penkek pisang. Apa anak nak makan, akan cuba dibuat.
Exam anak tinggal esok n Jumaat. Lepas tu mereka dah merdeka. Nak pulang kampung.....duduk dengan nenek mereka. Mereka akan mula class pada 21 November. Anak sulung dah habis exam n tunggu konvo n lepas tu nak further study di MMU di Cyberjaya pula. Harap2 dapatlah dia masuk MMU...sambung Degree In Accounting.

Sunday, October 9, 2011

BERCUTI

CUTI tahun 2010 ada 18 hari lagi. Tahun ni jgn cakap le...memang ada 28 hari. Saja nak simpan jika ada kecemasan. So mulai hari ini aku mengambil cuti selama seminggu (kiranya 5 hari working days n two off days). So balance cuti pada 2010 ada lagi 13 hari. Boleh ke habis cuti berkenaan hingga akhir tahun ini. Aku cadang nak ambil cuti seminggu lagi pada bulan November n Disember. Jika ambil tu ada 10 hari  n balance ada lagi 3 hari. Aku ambil cuti seminggu ni memang tak ke mana2....duduk rumah aje. Tiga anak dara aku exam final semestar.
Hari Jumaat selepas anak ketiga aku habis exam, barulah aku pulang ke Melaka. Anak kedua n ketiga aku akan cuti sebulan. Manakala anak sulung aku terpaksa pulang ke Subang Jaya kerana menduduki peperiksaan MUET pada 18 Oktober. Selepas itu, anak sulung akan pulang ke Melaka. Mereka bertiga akan jaga nenek mereka. Aku pula pada hari Sabtu malam terpaksa pulang ke Subang Jaya kerana hari Ahad  aku bekerja siang. Biasalah jika kerja siang, kena hadapi dua minggu. Tapi tak mengapa...bolehlah tambah income sikit. Bila anak2 exam, aku memang tak boleh ke mana...duduk rumah.  Apa lagi yang akan ku buat ke gym...makan, masak, baca buku n nonton tv...

ESOKNYA, selepas habis berkursus dua hari, aku mula kerja petang. Masuk jam 6 petang, kenalah keluar jam 5. Biarlah sampai awal ke office tak mengapa. Bila masuk aje kerja, rakan baik aku beritahu 'akak, ada tahu sesuatu ke' Aku pula bertanya 'Pasal story tergantung yang ditampal di dinding dan ditandatangi Datuk ke' Kawan aku bertanya, 'mcm mana akak tahu'. Aku berkata, 'akak kan kursus n bila time lunch akak naik ke tingkat empat n page dibuat kak Aziah ditampal di dinding'. Kawan aku kata...hmmmm mcm tu. ingatkan akak tak tahu.
Kawan aku beritahu, malam semalam boss buat meeting...dia amat marah. Cuma kak Aziah n kak Midah tak masuk meeting sbb pergi solat. Boss kata, kita hendaklah kerja dengan bermaruah. Memang suara boss amat serius n kita orang jadi takut. Yalah boss tak pernah marah sebelum ni. Dia kata, dulu dia KPI dengan mudah aje tapi kini tak lagi. So jangan ada sesiapa yang marah, jika dapat bonus sedikit.
Selepas ni, tak boleh nak balik awal lagi. Kena check page sebelum pulang....
Than aku berjumpa dengan executive lain bincang masalah tu. Yalah, sub-editor asyik nak pulang awal, tak pernah nak check page n tulis time,  buat page ala kadar aje. Dah le datang lewat. So aku beritahu...big boss kena ambil tindakan terhadap mereka yang sering datang lewat ni...Ini tak ada sesiapa ambil kisah, mereka buat tak tahu aje...Bila kita beritahu, mereka anggap kita jealous dengan mereka.
Entahlah mcm2 sikap manusia di office...tak tahu agaknya nak dapatkan rezeki yang halal. Datang lewat than balik awal. Mcm mana tu...


DAH LAMA TAK MENULIS

HAMPIR seminggu tak menulis di blog. Yalah leka dengan kursus selama dua hari pada hari Isnin dan Selasa. Balik dari kursus terus ke gym...Syukur alhamdulillah...dapatlah exercise walaupun sejam...Yang penting dapat turunkan pembakaran kalori sebanyak 400cal setiap jam itu. Sebenarnya semangat ke gym memang berkobar-kobar....kena tunjukkan kebolehan buang kalori berkenaan.Paling penting adalah sihat. Setiap hari juga minum susu Omega Plus....dua mug susu setiap hari.  Insya Allah segalanya berjalan lancar n kolestrol juga menurun. Walaupun dah beberapa hari doktor memberi ubat untuk kurangkan kolestrol, aku masih tidak makan ubat berkenaan. Aku nak buktikan, kadar kolestrol aku boleh menurun...

Sunday, October 2, 2011

KE GYM LAGI

Walaupun jam 10 pagi aku baru ke gym di apartment aku, namun ia tidak mematahkan semangat aku untuk gym. Kali ni aku kayuh basikal hampir satu jam 15 minit. Peluh bukan main banyak lagi keluar. Basah kuyup baju aku dibuatnya. Jika diikutkan kayuhan tu, kalori memang tak banyak yang keluar. Bayangkan jika makan 1,400 kalori satu hari, kita kena buang lebih daripada itu. Bukan mudah nak lakukan kerana kalori berkenaan sudah tepu dalam badan kita.
Sebabkan itu disyorkan kita ke gym n buat exercise dua jam sehari...Tak apa, ini baru permulaan aku ke gym. Walaupun tiada siapa meneman aku n may be aku the only woman yang ke gym...aku tetap ke gym. Cuma Isnin dan Selasa, tak mungkin aku dapat ke gym awal sebab aku kena hadiri kursus. Kursus bermula jam 9.30 pagi, kena keluar awal, jika tak jammed le aku.
Aku cuba di sebelah petang...itu pun jika tiba di rumah awal. Dapat buat setengah jam pun jadi...sekurang-kurangnya boleh kurangkan lemak. Nasib baik ada anak bongsu aku, dia yang bawa aku ke gym...Dia juga risau dengan kadar kolestrol aku. Katanya antara naik tangga n turun tangga, elok lagi buat exercise di gym. So aku ikut saranan di sibongsu. Tak kiralah jika ada lelaki yang ke gym...aku buat tak tahu aje. Yang penting aku sihat...

TURUN RUPANYA

AKU ingat pada tahun ini aku ada mengambil ujian darah nak check kesihatan aku. So pagi ni, aku bongkar file aku dan terjumpa salinan lab mengenai pemeriksaan kesihatan aku. Ia bertarikh 22 Februari 2011. Ini bermakna jika aku mengambil darah bagi ujian pemeriksaan kali kedua pada tahun ini ialah pada 13 Septmber 2011 lalu. So hampir tujuh bulan lamanya. Pada kali pertama pemeriksaan kolestrol aku menunjukkan point yang paling tinggi. After seven month ia dah menunjukkan penurunan. Syukur alhamdullilah disebabkan exercise yang aku lakukan sebelum ini...naik tangga turun tangga dari tingkat 12. Cuma dalam bulan puasa aku terlebih makan di office. Ada moreh selepas buka puasa. Jika tak tentu kadar kolestrol aku menurun banyak. Dalam tempoh tujuh bulan pun, kadar ia dah menurunkan 1.4. Kiranya ok lah juga.
Aku berharap sebelum 29 September ni...kadar kolestrol aku akan menurun lebih memberangsangkan. Insya Allah dengan usaha aku tak pernah jemu. Harap2 jadi kenyataan.

Saturday, October 1, 2011

GYM

29 September merupakan Hari Jantung Sedunia. Pada masa yang sama aku mengambil laporan 100 peratus mengenai laporan kesihatan  aku. Sebenarnya, aku dah ambil darah pada pertengahan September ketika aku kerja pagi n doktor membenarkan aku megambil laporan berkenaan selepas tiga hari. Ketika itu, Hari Malaysia, cuti so aku bercadang mengambil laporan berkenaan bilaaku datang awal ke office...masuk kerja jam 6 petang. Semata2 datang ke office awal untuk mengambil laporan kesihatan, tak berbaloi juga.
So pada 29 September, aku ada kursus di office. Time lunch aku membuat keputusan mengambil laporan daripada panel doktor aku. Masa tu doktor Rohaya tak ada yang ada cuma doktor Goh. Dah tua doktor itu...tak apalah. Sekurang2nya aku dapat mengambil laporan berkenaan.
Bila masuk aje ke bilik doktor, doktor terus bertanya "Laporan ni dah lama siap, why u didn't come earlier. So, saya pun beri tahu, i'm working night shift, doc. Today i'm free.
Doktor Goh membaca laporan kesihatan dan memaklumkan kolestrol aku tinggi. Yang lain semuanya ok n tiada penyakit berbahaya termasuk darah tinggi, kencing manis atau apa2 pun. Doktor syorkan aku supaya mengambil medication. Than aku bertanya doctor "Should i take the medication.For how many years n what will happen if if didn't take the medication. Doktor berkata, If u didn't take the medication, u will die faster. U have t take it until end of ur lives.
Masya Allah....aku memang tak nak makan ubat. Pada masa yang sama, aku tak nak mati awal, Kasihan anak2 aku. Siapa nak jaga mereka. Ayah dah tak ada. Tak boleh nak harap adik-beradik. Doktor Goh berkata, u only one pills per day  but i have to take 3 diffirent pills every day for my whole life.
Aku juga bertanya adakah kaedah lain yang boleh menurunkan kolestrol. Doktor Goh kata ada, u have to do exercise dua hours perday. Sanggup nak buat. Seseorang itu hanya sanggup buat dua minggu aje..lepas tu terus give up.Doktor Goh beri aku ubat untuk sebulan dan selepas tiga bulan, aku diminta mengambil uiian darah sekali lagi.
Aku mengambil keputusan minum dua gelas susu Omega Plus setiap hari dari tarikh 29 September dan hari ini ke gym buat exercise. Hari pertama ke gym, aku buat exercise selama sejam. Berpeluh juga aku dibuatnya. Harap2nya usaha aku untuk mengurangkan kolestrol akan menemui kejayaan. Ini bermakna, 29 Disember 2011, aku perlu ke panel doktor untuk membuat ujian.
Aku berdoa usaha aku ni mencapai kejayaan...Aku juga akan control makan.

Friday, September 30, 2011

TOOLS FORCOMMUNICATION


KURSUS selama dua hari  (29 n 30 September) menyentuh mengenai winning tools for commnunication. Ia disampaikan oleh fasilitator Focus Learning Colsulting Sdn Bhd, En Ahmad Tifley  Mohd Basar. Program yang aku ikuti ini adalah untuk executive. Ada 14 orang dari pelbagai department menghadiri kursus berkenaan dan kami ditempatkan dalam bilik NIE 1. Pada bulan September ni, ada tiga kumpulan yang menghadiri kursus membabitkan golongan bosses, executive dan non executive.
Walaupun pada dasar tool in communication ramai yang mengetahui dan mempraktikkannya, tetapi tidak menjadi masalah untuk menambah ilmu pengetahuan lagi. Fasilator pula menyampaikan ceramah yang begitu baik dan membuatkan kami begitu terhibur dengab telatahnya. Betul juga, jika tidak ada lawak jenaka dan usik-mengusik dengan teman se kursus, sure kursus itu menjadikan seseorang itu bosan.
Dalam hidup ini, tanpa mengira kita di tempat kerja atau di rumah, seven tools perlu ada. Mungkin ramai yang tertanya2 apa seven tools berkenaan. Di samping itu kita juga perlu tahu cara bagaimana nak berkomunikasi dengan seseorang. Ada beberapa barior dalam communication termasuk intonation, ego, wrong timing n under istimate.
So dalam cara yang mudah, apa yang dipelajari selama dua hari ini, 7 tools for communication adalah penting. Ia boleh diringkaskan seperti  Communication to Align (CTA), Communication to Lock (CTL), Communication to Remind (CTR), Communication To Updata (CTU), Communication to Simlify (CTS), Communication To Neogotiate (CTN) dan Communication To Win (CTW).


KURSUS

AGAK lama juga aku tidak menulis sebarang catatan dalam blog aku. Ya ...hampir 10 hari. Terlalu sibuk hingga tiada masa nak coretkan sesuatu dalam blog. Malam ni barulah aku berkesempatan untuk menulis sesuatu. Malam ni tak kerja, Aku berkursus selama dua hari di Balai Berita NSTP mengenai Winning Tools For Communication. Sebenarnya, kursus berkenaan ada enam kali n setiap bulan ada dua hari. So untuk bulan September, kursus berkenaan sudah selesai. Bagi bulan Oktober, kursus berkenaan akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober. Ini bermakna hari Isnin dan Selasa depan. Manakala bagi bulan November, kursus akan diadakan pada pertengahan bulan.
Kursus sehari suntuk. Kena ada sebelum jam 9.30 n selesai pula jam 5.30 petang. Nasib baik aku tak perlu kerja malam...Habis kursus terus pulang...senang aje. Cuma bila nak datang awal pagi tu...kena tempoh jammed...Yalah aku dah biasa kerja petang....bila pagi tention juga. Bila tiba di office nak fikir pasal parking pula. Nasib baik juga dalam dua hari aku datang berkursus, parking untuk aku, sentiasa ada. Syukur alhamdulillah...Pada Rabu lalu, aku kerja petang, balik jak 1 pagi, than awal pagi bangun untuk ke office sebab kursus. Sebelum itu, hantar anak ke MSU dulu. Bila tiba di tol Batu Shah, jammed teruk. Masa tu jam 8.30 pagi. Khuatir juga tak sampai on time ...Nasib baik juga tiba jam 9.33 pagi. Malu juga jika datang lewat n fasilitator terpaksa menunggu kita.

Tuesday, September 20, 2011

PERSEDIAAN KE MAKKAH

Banyak persediaan perlu dibuat ketika mengerjakan haji dan umrah. Bukan mudah tapi itulah yang perlu dilakukan dari sekarang.

1. TAUBAT NASUHA
2. TUNAIKAN AMANAH
3. NAFKAH YANG DITINGGALKAN
4. KEREDHAAN IBU BAPA & SUAMI
5. BEKALAN YANG HALAL
6. ILMU
7. TEMAN PERJALANAN
8. BERMURAH HATI
9. BEKALAN TAQWA & IKHLAS NIAT
10. SOLAT ISTIKHARAH

Bagi aku n umat islam yang ingin menunaikan haji, terlebih dahululah jagalah niat  menunaikan haji di Baitullah.  Niat untuk  melaksanakan ibadah rukun yang kelima kerana Allah kerana haji merupakan seruan Allah bagi yang berkemampuan. Niat merupakan perkara yang wajib dan utama dalam setiap amalan ibadah dalam Islam sepertimana hadis Nabi yang bermaksud iaitu “Setiap pekerjaan kamu dimulakan dengan niat". Jika niat orang yang hendak melaksanakan haji sebagai untuk mendapatkan gelaran sebagai “haji”, ingin melancong, ikutorang sahaja, ingin menunjuk-nunjuk ataumembeli-belah, maka rugilah kerana Allah tidak akan menerima haji orang yang mempunyai niat selain daripada Allah. Fikirkannya baik-baik bukan mudah hendak melaksanakan ibadah haji kerana ia memerlukan pengorbanan atau jihat yang besar untuk melaksanakannya.
Bagi sesiapa yang berniat hendak pergi haji dari masa akan datang lakukanlah persediaan awal dan kumpullah duit yang dihasilkan dari titik peluh kita sendiri dari sumber yang halal. Sentiasa berdoa untuk melaksanakan haji yang sempurna dan mudah-mudahan Allah terima haji kita.

KE MAKKAH....

SEJAK akhir-akhir ini, aku sering terbayang-bayang nak ke Makkah bersama anak2. Rindu nak jadi tetamu Allah sekali lagi. Walaupun kali terakhir aku ke sana 16 tahun lalu, namun semangat nak ke sana tak pernah luntur. Aku bercita-cita nak buat umrah bersama empat orang anak aku sebelum umur 50 tahun. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki dapatlah aku menjadi tetamu Allah pada tahun 2012. Harap2 segala cita-citaku dimakbulkan Allah.
Aku pernah beritahu si bongsu, aku ingin mengerjakan haji dan mintanya menjadi mahramku. Anakku menjawab, Ibu, adik baru umur 16 tahun, tunggulah dulu. Yalah, zaman remajanya masih jauh n biarkanlah ia menjalani zaman remajanya. Macam aku memang tak sabar2 nak jejakkan kaki ke Makkah.
Ya Allah, makbulkan doa hambamu ini. Selepas mengerjakan umrah bersama anak2, aku ingin mengerjakan haji pula. Harap2 sebelum aku bersara, aku dapat mengerjakan haji pula.
Dugaan mengerjakan umrah dan haji memang banyak. Aku perlu membuat persediaan dari sekarang termasuk zahir dan batin.