BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 27, 2012

SEMUANYA BARU...

ANAK kedua aku merupakan orang yang paling happy. Apa taknya, roda  motosikalnya dah digantikan dengan tiubless atau tayar tanpa tiub. Dah banyak kali, dia minta motornya digantikan dengan tiubless. Kiranya pada 1 April ni, genaplah setahun umur motor tu. Dalam tempoh tu, dan banyak kali tayar pancit dan asyik tukar tiub saja. Mungkin rezeki kali ini agak baik, apa lagi aku pun mengajaknya ke kedai tayar dan terus menukarnya kepada tiubless. Ingatkan harganya dalam RM150 - RM200 sahaja.,Itulah harga yang diberitahu oleh anak aku. Rupanya sport rim yang mempunyai lapan silang tu berharga RM200 dan tayar yang baik pula berharga RM150 dan kesemunya aku kena bayar RM400. Sebenarnya, dia minta RM430 tapi aku minta diskaun RM30. So masa ke kedai tu, aku hanya bawa RM300 sahaja dan pemasangan tiubless tu siap pada petang dan balancenya aku bayar pada sebelah petang. Kini anak aku berasa lega sebab tayarnya tak pancit lagi. Yang penting tak perlu pam setiap minggu...Kiranya, tidur nyenyaklah anak aku...Semua kemahuan dah dapat...

LESEN KERETA

SEMALAM, hari yang paling sibuk untuk aku. Kenapa tidaknya. Selepas anak aku habis aje class, mereka call aku. Aku kemudiannya ke JPJ Padang Jaya untuk renew lesen P untuk anak kedua dan ketiga aku. Semuanya dah tamat tempoh. Sebenarnya, dah lama tak ke sana, so sukar juga nak ingat ke JPJ, tapi akhirnya berjaya juga. Ketika tiba di sana.. hujan pun turun dengan lebat. Dah dapat nombor giliran, kenalah tunggu lama sebab ramai orang. Bila tiba di kaunter, kedua-dua anak aku terus buat lesen. Aku buatkan untuk dua tahun. Anak kedua hanya perlu bayar RM60 sahaja sebab birthdaynya pada 30 Mei ini manakala anak kedua pula kena bayar RM75 sebab birthdaynya pada 20 Oktober. So mereka dah dapatlah lesen full...lesen kereta dan motor. Class gitu untuk anakku....Gembira sakannya dapat lesen tu...Buat lesen lebih cepat daripada menunggu untuk mendapatkan giliran. Sebelum itu, anak yang sulung pula aku renew lesen untuk dua tahun juga. Renew di pejabat pos sahaja sebab dia dah dapat lesen full.

Monday, March 19, 2012

CIMOT, COMOT....

MALAM semalam, selepas habis kerja , aku terus pulang ke rumah. Sampai di rumah hampir jam 1.30 pagi. Sarat-barat bawa beg. Yalah balik kampung, macam-macam le kena angkut. Dah le tu seorang diri. Bawa barang ke tingkat 12...parah juga dibuatnya. Akhirnya dengan kiri kanan tangan bawa beg, berjaya juga sampai di rumah. Apabila aku buka aje pintu, apa lagi kedua-dua ekor kucing aku terus keluar. Alamak macam ni...nak kejar lagi pantas dia berlari. Aku masuk ke dalam rumah n bawa barang2 terlebih dahulu. Nak cari sukar juga n tak kan nak tinggal rumah terbuka macam tu. Nanti pencuri pula yang masuk. Aku ke dapur dan terus mengambil makanannya dan goncangkan tupperware berisi makanan. Bila dengar aje goncangan makanan itu, kedua-dua ekor kucing tu terus berlari pulang. Syukur alhamdulillah...Kucing jika dah biasa digoncangkan makana, dia akan tetap akan pulang bila dengar goncangan tu. Aku risau juga jika Si Cimot hilang lagi....Sebenarnya kucing tu dah lapar sangat. Yalah tak makan pada hari Ahad...Kena pula tunggu aku pulang hingga awal pagi Isnin.

Friday, March 16, 2012

BANGKOK..

PETANG semalam, bos beritahu...ada launching jam di Bangkok pada 29 Mac ini. Aku beritahu malas nak pergi. Baru balik dari India dan penatnya masih tak hilang. Lagipun dah selalu ke Bangkok. Bos aku kata, jika macam tu, dia suruh Hamidah atau Aziah. Bagaimanapun, bila dia approach Hamidah, Hamidah enggan pergi. So dia tanya Aziah, Aziah kata ok. Jika Aziah tak nak pergi, terpaksalah aku pergi....Dalam sub-editor seramai 15 orang ni, hanya empat orang aje yang boleh menulis dan ada pengalaman jadi wartawan. Macam aku dalam post eksekutif pula, seramai 11 orang termasuk bos, terdapat empat orang juga yang boleh menulis. Biasanya aku saja yang rajin untuk menulis jika ke mana-mana. Tak mahu bakat menulis hilang begitu aje. Macam Aziah dan Hamidah, mereka hanya sub-editor biasa dan selalu ke luar negara dengan duit poket sendiri. So rajinlah mereka menulis artikel.

SELAMAT DISEMADIKAN...

NENEK aku yang meninggal dunia selepas solat Asar semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Rumput. Aku call anak aku dan tanya, nenek dah kebumikan ke belum. Katanya, nenek dah kebumi jam 10 lebih pagi tadi. Mudah-mudahan roh nenek aku ditempatkan orang-orang yang beriman dan beramal salih. Aku memang tak sempat nak balik. Malam tadi tiba rumah dah jam 10 malam. Pagi ni, kena uruskan pasal daftar subjek anak sulung aku. Nak balik pun tak sempat. Jika nak pergi pun, mungkin esok. Yang penting....semua urusan berjalan dengan lancar....

DAFTAR SUBJEK ANAK

HARI NI...jam 9 dah keluar rumah dan terus bawa anak sulung ke MSU Shah Alam. Anak dah siapkan subjek yang pernah dipelajari ketika jurusan diploma. Apa subjek yang dipelajari kena dibawa ke MMU, Cyberjaya supaya tidak mempelajari subjek yang sama. Rugilah kena belajar subjek yang sama. Selepas mendapat tandatangan daripada Pendaftar MSU, aku terus bergegas bawa anak aku ke MMU Cyberjaya pula. Yalah nak kejar masa. Aku tiba di MMU jam 9.35 pagi dan anak aku ditinggalkan di hostel. Kemudian aku pula terus ke office...Sebenarnya dari Cyberjaya ke Kuala Lumpur, memang aku tak pandai sangat. So, aku ikutlah yang ada signboard ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya keluar di Salah South berhampiran Sungai Besi. Jalan jauh rupanya. Sepatutnya aku terus ikut laluan ke Petaling Jaya aje atau ikut Sunway. Lagi senang. Akhirnya aku tiba di office jam 10.35....terlewat 35 minit aje. Aku risau jika datang lewat, parking tak ada. Syukur alhamdulillah, akhirnya aku dapat parking di level 14. Nasib baik ada satu parking kosong, jika tak parking di bumbung or double parking nampaknya. Anak sulung aku sempat call, beritahu urusannya pasal subjek dah settle dan dapat baucar buku lagi. Aku pula yang tak tiba di office. Kiranya hari Jumaat ni, semua urusan settle. Terima Kasih ya Allah. Kau pemudahkan segala urusan aku.

Thursday, March 15, 2012

BERITA SEDIH...

JAM 4.45 petang hari ini, aku terima panggilan telefon mengatakan nenek aku berusia 85 tahun meninggal dunia. Macam mana nak balik...aku kerja siang. Malam ni tak dikebumikan sebab dah lewat petang. Jika nak kebumikan mungkin, sebelum solat Jumaat esok. Problem juga dibuatnya. Aku kena hantar anak sulung ke MMU esok sebab nak daftar subjek. Esok last day, jika tak buat mcm mana pula, Banyak subjek yang dipelajari ketika ambil diploma, tak perlu lagi. Dah jimat masa kan...Semuanya tu penting juga. Mak aku kata tak balik pun tak mengapa...sbb sebelum tu aku dah lawatnya sakit. Biasalah le sakit tua...nak buat mcm mana...Sebelum tu, nenek aku dah suffer macam-macam. Bila tengok ustaz, katanya ada 17 benda mengelilinginya..sebab tu sukar nak meninggal dunia..Ustaz tu dah buang benda-benda saka tu. Hari Sabtu nanti, barulah aku pergi melawat rumah mak saudara aku.

HANTAR ANAK

SEBELUM hantar anak ke stesen bas di Seksyen 17, Shah Alam, aku dah pesan kepada mereka supaya cepat bangun sebab ibu masuk kerja jam 10 pagi. Aku tak nak le terlewat tiba di office....nanti tak ada parking. niaya aku dibuatnya. So sebelum jam 8.30 pagi, semuanya dan siap dan aku paksa mereka minum pagi. Akhirnya aku tiba di stesen bas Shah Alam jam 9 pagi dan pada masa yang sama ada bas Transnasional ke Melaka. Apa lagi, aku terus ke kaunter dan tanya ada tiket ke tidak. Dia kata ada, so aku pun belum dua tiket untuk anak ketiga dan keempat aku pulang ke Melaka. Bagaimanapun, di highway utara-selatan, bas berkenaan rosak. So bas tu kenalah masuk tol Rembau untuk baiki kerosakan. Aku beranggapan jika bas bergerak jam 9.15, sekurang-kurangnya jam 11.15 pagi. Anak aku tak SMS, itu yang hati aku rasa tak sedap. Akhirnya jam 1.30 tiba di Melaka Sentral n kena tunggu lagi bas ke Bertam Ulu. Bas ke Bertam Ulu pula jam 2.30 petang. Lamanya mereka nak tunggu. Akhirnya anak ketiga aku call mak saudaranya boleh tak ambil jika mereka naik bas direct ke Tampin. Ini bermakna bas berkenaan aku stop di stesen minyak Petronas dan anak aku terpaksa menapak hingga ke restoran mak saudaranya kerja. Bila mak saudaranya bersetuju, anak aku apa lagi. Than mak saudaranya bawa suruh makan di restoran tempatnya kerja sebelum hantar pulang ke rumah mak aku. Terkejut sakan mak aku apabila dua cucu kesayangannya pulang. Saja tak beritahu mak, nak buat kejutan...he he he

Tuesday, March 13, 2012

LIF ROSAK

MALAM tadi anak aku hantar SMS. 'Ibu, katanya. kedua-dua lif di blok kita rosak. So, ibu kenalah naik tangga'. Aku hanya menjawab, ok. Sebelum itu, terfikir juga. aduhhhh nak naik tingkat 12. Parking di tingkat 2. Jika siang oklah juga. Ni...malam. takut juga. Akhirnya jam 9.30 malam, aku pun bersiap nak pulang. Boleh tiba di rumah sebelum jam 10 malam. So, aku macam biasa aje...terus parking kereta aku di tempat biasa dan terus pakai access card untuk masuk ke lif. Hmmmm...aku dapati satu lif ok dan satu lagi lif rosak. Nasib baik tak menapak hingga ke tingkat 12. Macam biasa le lif penuh....Aku terus aje masuk lif dan tekan button 12. Akhirnya tiba di rumah. Masa di office lagi, aku dah nak naik n turun tangga. Yalah, parking kereta di level 17, sebab masa datang itu aje yang kosong. Sebenarnya ada 20 level, dan aku bernasib baik dapat level 17. Mungkin cuti sekolah, ramai yang cuti. Nak ke lif tingkat empat, kenalah turun hingga ke level 15. Nasib baik le tak banyak anak tangga nak turun....oklah lagi kan. Hari-hari kerja aku naik dan turun tangga. Buat exercise...katakan..

Sunday, March 11, 2012

SALURAN TERSUMPAT DIATASI

SALURAN paip tersumbat hampir sebulan di rumah aku akhirnya dapat aku atasi. Aku balik dari India pada 29 Februari. Esoknya ke kompleks PKNS. Apa lagi bahan chemical sekali untuk diisikan dalam saluran paip besar itu. Sebelum ke India, dah buat macam tu, tapi tak memberi kesan. So, pada pagi 2 Mac itu, aku ceduk air dalam saluran paip di dapur basah hingga kering. Rupa-rupanya air tersekat sebab ada lumpur. Aku ceduk hingga kering dan masukkan separuh chemical itu. Aku beritahu anak aku jangan memasak dan jika nak basuh itu dan ini, buang dalam baldi dan air korot itu terus buang ke dalam tandas. Disebabkan dapur basah itu bermasalah, anak aku memang kurang memasak ketika aku di India. Mereka pening dengan keadaan dapur itu. Apa tah lagi aku. So pada hari Sabtu, sebelum balik ke Melaka, aku curahkan lagi separuh. Yang bestnya bila balik keesokkan harinya. aku sengaja membasuh pinggan mangkuk dalam singki tanpa menadah baldi lagi. Hmmm...dah tak tersumbat lagi. Baru kelmarin, aku angkat mesin basuh aku ke dapur basah semula. Masa aku di India, anak aku mengangkat mesin basuh tu ke dalam bilik aku. Mereka keringkan pakaian sebelum mesin sebab tak ada sambungannya. So sekarang, aku lega sikit. Dapur basah aku dah ok....tiada banjir kilat di dapur basah.

CHECK MATA

ANAK bongsu aku ajak ke kedai cermin mata. Katanya nak periksa matanya. Bila baca buku lama-lama, jadi kabur. So, checklah mata di kedai mata di Tesco. Bila check kedua-dua matanya, power hanya 25 aje dan silaunya sebanyak 50. So. apa lagi exited dia kerana dapat buat cermin mata. So pilihlah bingkai cermin mata. Ada berharga RM100, RM150 dan RM190. Bingkai RM190 itu boleh tahan juga. Aku tak nak bingkai yang besar sebab bulu kening anak aku lebat. Jika pakai bingkai yang kecil, ok aje aku tengok. So apa lagi bayarlah aku RM270. Sebenarnya, RM80 itu extra untuk cermin supaya tak calar dan mudah dibersihkan. Sebab tu harganya jadi RM270. Anak aku boleh ambil cermin mata berkenaan pada hari Selasa. Gembiranya dia dapat cermin mata. Jika aku lah, setakat ni belum lagi pakai cermin mata. Kalau boleh nak elak daripada pakai cermin mata. Sebab tu aku akan makan carrot aje...Baik untuk mata.

SERVICE KERETA

PETANG semalam, aku ke bengkel di Glenmaire. Macam biasalah service kereta. Dah tiba masanya untuk service minyak hitam dan enjin. Biasanya aku service 8,000 kilometer aje sebab package yang ditawarkan pun dah mahal iaitu RM191.  Bawa duit hanya RM400. Nanti check itu dan ini, banyak pula kena bayar. Bila dicheck, plate depan belakang tayar dah haus. Dah kena ganti tu. Itu aje dah RM98 sepasang bagi depan dan RM95 sepasang bagi depan. Minyak brake pun dah habis. Patut le masa pusing stereng terasa semacam aje. Akhirnya kopak juga duit RM355. Wah duh. Inilah masalahnya bila ada kereta. Bila service ada aje yang perlu diganti. Tambahan pula kereta aku dan berusia enam tahun n asyik jalan jauh aje. Kenalah ganti mana yang perlu. Cuma aku belum cat lagi. Cat yang ada pun dah mati. Agaknya bila dicat semula dengan cat yang asal, sure nampak macam kereta baru. Jika tak, ada kesan kena langgar n dilanggar lah, kesan conteng n macam2 lagi. Sayang kat kereta Waja aku. Dah banyak jasanya kepada aku. Walaupun dah beberapa kali ditimpa kemalangan, Waja ni juga jadi penyelamat. Bayangkan dalam satu insiden, kereta aku ditengah-tengah. Aku dilanggar dengan Mercedes menyebabkan kemek di bahagian but. Nasib baik bahagian depan tak ada apa-apa sebab aku sempat brek.Tunggulah Waja, bila ada duit, aku sure hantar cat semula dengan warna yang sama...Burgundy.

Wednesday, March 7, 2012

SEMUANYA SELAMAT....

AKHIRNYA semua settle. Anak sulung aku akhirnya dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat Bachelor of Accounting (Hons) di Multimedia Univercity (MMU) di Cyberjaya. Gembira hati aku. Balik dari India memang aku tak menang tangan nak uruskan segala persiapannya. Memang terlalu letih dibuatnya. Hari ini hari pendaftarannya dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah yang memudahkan aku dan anak aku. Aku bertolak ke Cyberjaya jam 10 pagi. Sebenarnya kejap aje ke sana. Tak sampai setengah jam dah tiba. Bila tiba di sana, dah ramai orang dan anak aku terus mendaftar. Dapat hostel di tingkat dua pula. Jenuh nak angkat beg dan macam2 peralatan lagi. Biasalah anak aku. Semuanya nak dibawa untuk memudahkannya. Aku cuma pergi berdua aje sebab dua lagi aku sedang exam final semestar. Penat pun penatlah....yang penting dah letakkan barang dalam hostel. Jam dua petang, anak aku akan hadapi hari orientasi. Hari orientasinya selama tiga hari, bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Mengenai makan di sana, aku rasa anak aku tidak hadapi masalah sebab ada kafe disediakan di sebelah hostel. Makan di situ aje. Harganya berpatutan. Tadi makan nasi ayam hainan baru aje RM3.80. Harga biasa. Harap-harap hari orientasi anakku berjalan lancar. Jika nak tengok n bawa pulang pun pada hari Sabtu n kena hantar pada hari Ahad sebab class mereka akan bermula pada hari Isnin. Aku pula bekerja pagi pada hari Ahad.

Tuesday, March 6, 2012

BAGASI HILANG

BAGASI hilang. Macam mana boleh hilang? Itulah yang menimbulkan persoalannya. Aku tiba di LCCT dan terus hantar bagasi aku untuk dimasukkan ke tempat bagasi. Disebabkan abang ipar aku tidak membuat pembayaran untuk bagasi ketika memohon membeli tiket pada mulanya, aku membuat keputusan membayar RM50 supaya bagasi aku dimasukkan ke tempat bagasi. Itu memanglah rutin biasa bila aku keluar negara. Abang ipar hanya bayar untuk bagasi pulang ke Malaysia dan bukannya ke negara berkenaan. Jika buat online baru bayar RM35 aje tetapi disebabkan bayar pada hari berkenaan, kenalah RM50. Tak mengapalah, yang penting malas nak tarik beg yang berat, penuh pakaian untuk tujuh hari walaupun tinggal selama 15 hari. Selepas segala-galanyanya, aku siap, aku pun ke bilik menunggu untuk naik ke flight. Bagaimanapun, apabila tiba di International Airport Cochin bahagian pengambilan bagasi, beg besar aku tak ada. Ya Allah, kenapa jadi begini. Puas mencari tak berjumpa dan akhirnya aku berjumpa dengan pegawai di airport untuk membuat aduan. Akhirnya, aku dapati bagasi aku naik flight lain, dah ke Calcutta. Peliknya, tuannya hanya tiba di Cochin, bagasi di Calcutta. Katanya, bagasi itu hanya akan tiba pada 17 Februari sebelah petang. Aku hanya bawa beg sandang dan tiada pakaian lain aku bawa. Risau juga fikirkan tidak ada pakaian untuk dipakai beberapa hari. Kakak ipar aku beri pakaian untuk aku pakai. Seluar jeans bolehlah dipakai selama seminggu. Cuma baju aje...Akhirnya pada 19 Februari barulah aku berkesempatan mengambil bagasi aku. Itupun tepaksa naik bas beberapa kali yang makan masa hampir 3 jam. Nasib baik ada anak saudara di India yang membantu aku. Ipar yang lain sibuk, tak boleh nak bantu aku. Itulah habis 400 rupiah naik bas, turun bas. Jam 1.30 petang, akhirnya aku selamat sampai di rumah saudara aku. Masa di airport, sepupu suami aku menunggu di sana bagi menguruskan bagasi aku. Biasalah hari Ahad, makan masa untuk uruskannya. Apa-apa pun bersyukur kepada Allah, tiada apa-apa yang hilang.

LAMA TAK MENULIS

BERTEMU pada bulan Mac. Agak lama juga tak menulis dalam blog. Mana ke tidaknya, dari 14 hingga 29 Februari berada di India. So tak ada kesempatan untuk menulis. Balik aje dari Malaysia, banyak perkara perlu diuruskan dan teramat letih. Masalah kesihatan juga tidak mengizinkan untuk menulis dalam blog. Kena batuk tak henti-henti sehingga tidur malam tak nyenyak. Dah minum ubat batuk tiga kali sehari pula menjadikan diri bertambah letih dan asyik mengantuk aje. Pada masa yang sama kena pulang ke Melaka sebab dah sebulan lebih tak pulang jenguk mak. Memang dah tak larat nak drive tapi kuatkan semangat dan drive aje.