ANAK bongsu aku ajak ke kedai cermin mata. Katanya nak periksa matanya. Bila baca buku lama-lama, jadi kabur. So, checklah mata di kedai mata di Tesco. Bila check kedua-dua matanya, power hanya 25 aje dan silaunya sebanyak 50. So. apa lagi exited dia kerana dapat buat cermin mata. So pilihlah bingkai cermin mata. Ada berharga RM100, RM150 dan RM190. Bingkai RM190 itu boleh tahan juga. Aku tak nak bingkai yang besar sebab bulu kening anak aku lebat. Jika pakai bingkai yang kecil, ok aje aku tengok. So apa lagi bayarlah aku RM270. Sebenarnya, RM80 itu extra untuk cermin supaya tak calar dan mudah dibersihkan. Sebab tu harganya jadi RM270. Anak aku boleh ambil cermin mata berkenaan pada hari Selasa. Gembiranya dia dapat cermin mata. Jika aku lah, setakat ni belum lagi pakai cermin mata. Kalau boleh nak elak daripada pakai cermin mata. Sebab tu aku akan makan carrot aje...Baik untuk mata.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment