BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 19, 2012

CIMOT, COMOT....

MALAM semalam, selepas habis kerja , aku terus pulang ke rumah. Sampai di rumah hampir jam 1.30 pagi. Sarat-barat bawa beg. Yalah balik kampung, macam-macam le kena angkut. Dah le tu seorang diri. Bawa barang ke tingkat 12...parah juga dibuatnya. Akhirnya dengan kiri kanan tangan bawa beg, berjaya juga sampai di rumah. Apabila aku buka aje pintu, apa lagi kedua-dua ekor kucing aku terus keluar. Alamak macam ni...nak kejar lagi pantas dia berlari. Aku masuk ke dalam rumah n bawa barang2 terlebih dahulu. Nak cari sukar juga n tak kan nak tinggal rumah terbuka macam tu. Nanti pencuri pula yang masuk. Aku ke dapur dan terus mengambil makanannya dan goncangkan tupperware berisi makanan. Bila dengar aje goncangan makanan itu, kedua-dua ekor kucing tu terus berlari pulang. Syukur alhamdulillah...Kucing jika dah biasa digoncangkan makana, dia akan tetap akan pulang bila dengar goncangan tu. Aku risau juga jika Si Cimot hilang lagi....Sebenarnya kucing tu dah lapar sangat. Yalah tak makan pada hari Ahad...Kena pula tunggu aku pulang hingga awal pagi Isnin.

0 comments: