BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 15, 2012

BERITA SEDIH...

JAM 4.45 petang hari ini, aku terima panggilan telefon mengatakan nenek aku berusia 85 tahun meninggal dunia. Macam mana nak balik...aku kerja siang. Malam ni tak dikebumikan sebab dah lewat petang. Jika nak kebumikan mungkin, sebelum solat Jumaat esok. Problem juga dibuatnya. Aku kena hantar anak sulung ke MMU esok sebab nak daftar subjek. Esok last day, jika tak buat mcm mana pula, Banyak subjek yang dipelajari ketika ambil diploma, tak perlu lagi. Dah jimat masa kan...Semuanya tu penting juga. Mak aku kata tak balik pun tak mengapa...sbb sebelum tu aku dah lawatnya sakit. Biasalah le sakit tua...nak buat mcm mana...Sebelum tu, nenek aku dah suffer macam-macam. Bila tengok ustaz, katanya ada 17 benda mengelilinginya..sebab tu sukar nak meninggal dunia..Ustaz tu dah buang benda-benda saka tu. Hari Sabtu nanti, barulah aku pergi melawat rumah mak saudara aku.

0 comments: