BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 16, 2012

SELAMAT DISEMADIKAN...

NENEK aku yang meninggal dunia selepas solat Asar semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Rumput. Aku call anak aku dan tanya, nenek dah kebumikan ke belum. Katanya, nenek dah kebumi jam 10 lebih pagi tadi. Mudah-mudahan roh nenek aku ditempatkan orang-orang yang beriman dan beramal salih. Aku memang tak sempat nak balik. Malam tadi tiba rumah dah jam 10 malam. Pagi ni, kena uruskan pasal daftar subjek anak sulung aku. Nak balik pun tak sempat. Jika nak pergi pun, mungkin esok. Yang penting....semua urusan berjalan dengan lancar....

2 comments:

Anonymous said...

al-fatihah untuk nenek mas

Anonymous said...

tq....amin. mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.