AKHIRNYA semua settle. Anak sulung aku akhirnya dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat Bachelor of Accounting (Hons) di Multimedia Univercity (MMU) di Cyberjaya. Gembira hati aku. Balik dari India memang aku tak menang tangan nak uruskan segala persiapannya. Memang terlalu letih dibuatnya. Hari ini hari pendaftarannya dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah yang memudahkan aku dan anak aku. Aku bertolak ke Cyberjaya jam 10 pagi. Sebenarnya kejap aje ke sana. Tak sampai setengah jam dah tiba. Bila tiba di sana, dah ramai orang dan anak aku terus mendaftar. Dapat hostel di tingkat dua pula. Jenuh nak angkat beg dan macam2 peralatan lagi. Biasalah anak aku. Semuanya nak dibawa untuk memudahkannya. Aku cuma pergi berdua aje sebab dua lagi aku sedang exam final semestar. Penat pun penatlah....yang penting dah letakkan barang dalam hostel. Jam dua petang, anak aku akan hadapi hari orientasi. Hari orientasinya selama tiga hari, bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Mengenai makan di sana, aku rasa anak aku tidak hadapi masalah sebab ada kafe disediakan di sebelah hostel. Makan di situ aje. Harganya berpatutan. Tadi makan nasi ayam hainan baru aje RM3.80. Harga biasa. Harap-harap hari orientasi anakku berjalan lancar. Jika nak tengok n bawa pulang pun pada hari Sabtu n kena hantar pada hari Ahad sebab class mereka akan bermula pada hari Isnin. Aku pula bekerja pagi pada hari Ahad.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment