BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 16, 2012

BANGKOK..

PETANG semalam, bos beritahu...ada launching jam di Bangkok pada 29 Mac ini. Aku beritahu malas nak pergi. Baru balik dari India dan penatnya masih tak hilang. Lagipun dah selalu ke Bangkok. Bos aku kata, jika macam tu, dia suruh Hamidah atau Aziah. Bagaimanapun, bila dia approach Hamidah, Hamidah enggan pergi. So dia tanya Aziah, Aziah kata ok. Jika Aziah tak nak pergi, terpaksalah aku pergi....Dalam sub-editor seramai 15 orang ni, hanya empat orang aje yang boleh menulis dan ada pengalaman jadi wartawan. Macam aku dalam post eksekutif pula, seramai 11 orang termasuk bos, terdapat empat orang juga yang boleh menulis. Biasanya aku saja yang rajin untuk menulis jika ke mana-mana. Tak mahu bakat menulis hilang begitu aje. Macam Aziah dan Hamidah, mereka hanya sub-editor biasa dan selalu ke luar negara dengan duit poket sendiri. So rajinlah mereka menulis artikel.

0 comments: