BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 6, 2012

BAGASI HILANG

BAGASI hilang. Macam mana boleh hilang? Itulah yang menimbulkan persoalannya. Aku tiba di LCCT dan terus hantar bagasi aku untuk dimasukkan ke tempat bagasi. Disebabkan abang ipar aku tidak membuat pembayaran untuk bagasi ketika memohon membeli tiket pada mulanya, aku membuat keputusan membayar RM50 supaya bagasi aku dimasukkan ke tempat bagasi. Itu memanglah rutin biasa bila aku keluar negara. Abang ipar hanya bayar untuk bagasi pulang ke Malaysia dan bukannya ke negara berkenaan. Jika buat online baru bayar RM35 aje tetapi disebabkan bayar pada hari berkenaan, kenalah RM50. Tak mengapalah, yang penting malas nak tarik beg yang berat, penuh pakaian untuk tujuh hari walaupun tinggal selama 15 hari. Selepas segala-galanyanya, aku siap, aku pun ke bilik menunggu untuk naik ke flight. Bagaimanapun, apabila tiba di International Airport Cochin bahagian pengambilan bagasi, beg besar aku tak ada. Ya Allah, kenapa jadi begini. Puas mencari tak berjumpa dan akhirnya aku berjumpa dengan pegawai di airport untuk membuat aduan. Akhirnya, aku dapati bagasi aku naik flight lain, dah ke Calcutta. Peliknya, tuannya hanya tiba di Cochin, bagasi di Calcutta. Katanya, bagasi itu hanya akan tiba pada 17 Februari sebelah petang. Aku hanya bawa beg sandang dan tiada pakaian lain aku bawa. Risau juga fikirkan tidak ada pakaian untuk dipakai beberapa hari. Kakak ipar aku beri pakaian untuk aku pakai. Seluar jeans bolehlah dipakai selama seminggu. Cuma baju aje...Akhirnya pada 19 Februari barulah aku berkesempatan mengambil bagasi aku. Itupun tepaksa naik bas beberapa kali yang makan masa hampir 3 jam. Nasib baik ada anak saudara di India yang membantu aku. Ipar yang lain sibuk, tak boleh nak bantu aku. Itulah habis 400 rupiah naik bas, turun bas. Jam 1.30 petang, akhirnya aku selamat sampai di rumah saudara aku. Masa di airport, sepupu suami aku menunggu di sana bagi menguruskan bagasi aku. Biasalah hari Ahad, makan masa untuk uruskannya. Apa-apa pun bersyukur kepada Allah, tiada apa-apa yang hilang.

0 comments: