BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 16, 2012

DAFTAR SUBJEK ANAK

HARI NI...jam 9 dah keluar rumah dan terus bawa anak sulung ke MSU Shah Alam. Anak dah siapkan subjek yang pernah dipelajari ketika jurusan diploma. Apa subjek yang dipelajari kena dibawa ke MMU, Cyberjaya supaya tidak mempelajari subjek yang sama. Rugilah kena belajar subjek yang sama. Selepas mendapat tandatangan daripada Pendaftar MSU, aku terus bergegas bawa anak aku ke MMU Cyberjaya pula. Yalah nak kejar masa. Aku tiba di MMU jam 9.35 pagi dan anak aku ditinggalkan di hostel. Kemudian aku pula terus ke office...Sebenarnya dari Cyberjaya ke Kuala Lumpur, memang aku tak pandai sangat. So, aku ikutlah yang ada signboard ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya keluar di Salah South berhampiran Sungai Besi. Jalan jauh rupanya. Sepatutnya aku terus ikut laluan ke Petaling Jaya aje atau ikut Sunway. Lagi senang. Akhirnya aku tiba di office jam 10.35....terlewat 35 minit aje. Aku risau jika datang lewat, parking tak ada. Syukur alhamdulillah, akhirnya aku dapat parking di level 14. Nasib baik ada satu parking kosong, jika tak parking di bumbung or double parking nampaknya. Anak sulung aku sempat call, beritahu urusannya pasal subjek dah settle dan dapat baucar buku lagi. Aku pula yang tak tiba di office. Kiranya hari Jumaat ni, semua urusan settle. Terima Kasih ya Allah. Kau pemudahkan segala urusan aku.

0 comments: