BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 27, 2012

SEMUANYA BARU...

ANAK kedua aku merupakan orang yang paling happy. Apa taknya, roda  motosikalnya dah digantikan dengan tiubless atau tayar tanpa tiub. Dah banyak kali, dia minta motornya digantikan dengan tiubless. Kiranya pada 1 April ni, genaplah setahun umur motor tu. Dalam tempoh tu, dan banyak kali tayar pancit dan asyik tukar tiub saja. Mungkin rezeki kali ini agak baik, apa lagi aku pun mengajaknya ke kedai tayar dan terus menukarnya kepada tiubless. Ingatkan harganya dalam RM150 - RM200 sahaja.,Itulah harga yang diberitahu oleh anak aku. Rupanya sport rim yang mempunyai lapan silang tu berharga RM200 dan tayar yang baik pula berharga RM150 dan kesemunya aku kena bayar RM400. Sebenarnya, dia minta RM430 tapi aku minta diskaun RM30. So masa ke kedai tu, aku hanya bawa RM300 sahaja dan pemasangan tiubless tu siap pada petang dan balancenya aku bayar pada sebelah petang. Kini anak aku berasa lega sebab tayarnya tak pancit lagi. Yang penting tak perlu pam setiap minggu...Kiranya, tidur nyenyaklah anak aku...Semua kemahuan dah dapat...

0 comments: