BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 11, 2012

SERVICE KERETA

PETANG semalam, aku ke bengkel di Glenmaire. Macam biasalah service kereta. Dah tiba masanya untuk service minyak hitam dan enjin. Biasanya aku service 8,000 kilometer aje sebab package yang ditawarkan pun dah mahal iaitu RM191.  Bawa duit hanya RM400. Nanti check itu dan ini, banyak pula kena bayar. Bila dicheck, plate depan belakang tayar dah haus. Dah kena ganti tu. Itu aje dah RM98 sepasang bagi depan dan RM95 sepasang bagi depan. Minyak brake pun dah habis. Patut le masa pusing stereng terasa semacam aje. Akhirnya kopak juga duit RM355. Wah duh. Inilah masalahnya bila ada kereta. Bila service ada aje yang perlu diganti. Tambahan pula kereta aku dan berusia enam tahun n asyik jalan jauh aje. Kenalah ganti mana yang perlu. Cuma aku belum cat lagi. Cat yang ada pun dah mati. Agaknya bila dicat semula dengan cat yang asal, sure nampak macam kereta baru. Jika tak, ada kesan kena langgar n dilanggar lah, kesan conteng n macam2 lagi. Sayang kat kereta Waja aku. Dah banyak jasanya kepada aku. Walaupun dah beberapa kali ditimpa kemalangan, Waja ni juga jadi penyelamat. Bayangkan dalam satu insiden, kereta aku ditengah-tengah. Aku dilanggar dengan Mercedes menyebabkan kemek di bahagian but. Nasib baik bahagian depan tak ada apa-apa sebab aku sempat brek.Tunggulah Waja, bila ada duit, aku sure hantar cat semula dengan warna yang sama...Burgundy.

0 comments: