Sunday, July 31, 2011
Balik kampung
Posted by masni at Sunday, July 31, 2011 0 comments
Banyak urusan
Posted by masni at Sunday, July 31, 2011 1 comments
Wednesday, July 27, 2011
Dompet hilang
Aku tak percaya, dompet tu hilang. Yalah, tak kan hari Rabu nak pulang ke rumah. Hari Jumaat nanti, aku kena ke sekolahnya untuk ambil report book. Jika beritahu pada Penolong Kanan Saser untuk membuat polis report dan pelbagai lagi, sure mereka suruh datang semula ke sekolah pada sebelah petang.
Posted by masni at Wednesday, July 27, 2011 2 comments
PTPTN
Posted by masni at Wednesday, July 27, 2011 0 comments
Tuesday, July 26, 2011
Gas habis
Posted by masni at Tuesday, July 26, 2011 0 comments
Jawatan Baru
So dengan muka tersenyum aku masuk ke bilik boss atau lebih 'Pak Mus' di kalangan kami. Pak Mus terus menghulurkan surat berwarna putih dengan tertera perkataan ' to be opened by addressee only' Saya bertanya Pak Mus, boleh ke saya buka surat ini sekarang. Pak Mus kata...bukalah.
Saya kemudiannya membuka surat berkenaan...hmmmm rupanya letter of promotion. Naik pangkat dari sub-editor biasa ke Executive Sub-Editor Harian Metro. Pak Mus beritahu dia nak serahkan surat itu kepada aku Jumaat lalu tapi aku tak ada. Aku beritahu aku bercuti selama seminggu.
Aku juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Pak Mus...Tawaran gaji oklah juga. Jika dibandingkan gaji ketika menjadi wartawan atau sub-editor biasa banyaklah juga. Yalah setiap tiga tahun ada kenaikan gaji n boleh dapat bonus dua bulan yang ditetapkan. Bila jadi Executive Sub-Editor tak adalah bonus hujung tahun. Kenalah tunggu apparasel yang dibuat company.
So, dengan gaji baru tanpa banyak OT ini kenalah aku berhati2 berbelanja. Memang sakit pada permulaannya. Nama aje gaji naik, jika dilihat banyak juga ditolak incometax. Nak buat mcm mana. Kenalah bayar kan.
Posted by masni at Tuesday, July 26, 2011 2 comments
Sunday, July 24, 2011
Anakku dapat RM500 anugerah kecemerlangan PMR
Wang berkenaan adalah sempena anugerah kecemerlangan peperiksaan yang dianjurkan oleh Kimma. Tak sangka anak aku dapat wang yang banyak. Biasanya dia dapat around RM50 ke RM100 yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Parlimen.
Tq Kimma kerana memberi sumbangan yang begitu bermakna kepada anak2 yang berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM. Kakak ipar ku kata, jika dapat 9A dalam SPM, akan diberi laptop. Wah...lagi best hadiahnya...Hopefully anakku dapat keputusan cemerlang dalam SPMnya nanti.
Posted by masni at Sunday, July 24, 2011 0 comments
Saturday, July 23, 2011
Arwah suami dah 11 tahun meninggal
Posted by masni at Saturday, July 23, 2011 0 comments
Friday, July 22, 2011
Anugerah Kecemerlangan
Posted by masni at Friday, July 22, 2011 0 comments
Ikan sweet sour
Posted by masni at Friday, July 22, 2011 1 comments
Thursday, July 21, 2011
Pejabat KWSP
Posted by masni at Thursday, July 21, 2011 0 comments
Wednesday, July 20, 2011
Butter Cake
Rasa bosan petang ni...Jika nak tidur petang, rasanya dan terlebih tidur. So nak buat apa ya...elok juga buat minuman petang. Jika buat kek tentu best kan...cake yang paling simple n tak jemu makannya. Akhirnya, aku buatlah butter cake. Ramuan yang paling mudah n boleh didapati di rumah dengan senang. Kejap aje membancuhnya n terus membakarnya dalam oven. Khuatir juga butter cake tak menjadi, yalah dah lama tak buat cake.
Posted by masni at Wednesday, July 20, 2011 0 comments
Tuesday, July 19, 2011
Cuti Seminggu
Dah biasa kerja malam n sekarang ni asyik duduk di rumah, rasa boring juga. Ambil cuti seminggu tapi tak kemana-mana sebab anak2 pun ada kelas. So jadi driver ambil n hantar mereka ke university. Tak mengapalah ya...jika tak lagi boring. Asyik nak tidur aje. Macam nak qada tidur yang tak cukup aje. Maklumkan kerja petang bermula jam 6 hingga 2 pagi. Bila pulang ke rumah, bukan mudah nak tidur, Kenalah membaca novel, buku motivasi atau surat khabar sebelum tidur. Bangun pagi, apa lagi, berjogginglah dibuatnya. Dari tingkat 12 turun hingga ke tingkat 2 n naik semula ke tingkat 12. Lepas tu jalan each floor dari tingkatan 12 hingga 2. Dari tingkat 2 naik pula tangga ke tingkat 12. Begitulah rutin setiap hari kecuali tak pulang ke kampung. Nak jaga kesihatan...kenalah buat mcm tu. Bila tengok kawan2 di office, sakit mcm2, rasa takut pula dibuatnya. Mula2 rasa sakit juga kaki dibuatnya, nak solat pun susah...lama-kelamaan rasa ok juga. Dah ramai yang menegur aku berjogging di kawasan apartment...yalah siap dgn sport shoes lagi.
Posted by masni at Tuesday, July 19, 2011 2 comments
Wednesday, July 13, 2011
Makan kuaci
Sekarang ni aku ada hobi baru di office....makan kuaci. Sure orang tergelak apabila mendengar or membacanya. Aku rasa lebih elok makan kuaci daripada makan nasi or heavy food pada waktu malam. Yalah, aku bekerja masuk 6 petang hgga 2 pagi. Time tak bz tu, aku mulakan makan kuaci. Pada mulanya, aku tak tahu kuaci ni ada banyak khasiat or vitamin kerana ia sekadar makanan ringan aje. So satu hari tu...aku carilah apakah khasiatnya makan kuaci ni...Yalah kawan2 asyik perli aje bila aku makan kuaci.
Posted by masni at Wednesday, July 13, 2011 1 comments
Sunday, July 10, 2011
Rindu pada anak bongsu
Jam 2 petang aku bertolak ke Saser, Seremban. Jumpa anak bongsu yang belajar dalam tingkatan empat di sekolah berasrama penuh. Dah dua minggu tak jumpa si bongsu, rindu rasanya. Sebelum ke sana, aku sempat masak nasi ayam dan buat muffin coklat. Muffin makan beramai-ramai dengan anak tiga anak perempuan, si bongsu n anak saudara berumur dua tahun. Ada balance lima biji beri pada si bongsu untuk makan dalam dorm. Hampir sejam setengah bersama anak, aku terpaksa pulang ke Subang Jaya. Petang ni kerja....takut lewat nanti. Itu pun masa driving, rasa ngantuk sangat, terpaksa berhenti di perhentian Dengkil untuk tidur sekejap. Tiba di rumah hampir jam 6 petang n aku bergegas ke office. Nasib baik jalan lengang aje, so cepatlah sampai di office.
Posted by masni at Sunday, July 10, 2011 1 comments
Thursday, July 7, 2011
Cermin retak
Hari ni dah hari keempat cermin depan keretaku retak. Dah cari tempat baiki cermin di Glenmarie, masih tak jumpa. Kononnya nak ganti cermin berkenaan. Bila buat survey dalam Internet, aduhhh...mahalnya. Mana nak dapatkan duit untuk ganti cermin depan tu. Akhirnya aku belek2 dalam bahagian iklan akhbar, ada Dr Cermin. Maybe kena bawa keretaku ke sana. Manalah tahu jika boleh tampal cermin berkenaan. Risau juga jika cermin kereta tak bertampal, nanti pecah berderai masa driving, lagi parah dibuatnya. Adik aku nasihatkan aku supaya cari Dr Cermin aje, kuranglah ongkusnya untuk ganti cermin.
May be hari sabtu or ahad, aku cuba ke kedai Dr Cermin, manalah tahu jika nasib aku baik. Cermin retak dapat ditampal buat sementara waktu. Tak adalah risau sgtkan...Bila fikirkan pasal cermin kereta, nak tidur malam pun tak lelap. Asyik fikir cermin kereta aje...Macam2lah aku ni kan...
Posted by masni at Thursday, July 07, 2011 1 comments
Monday, July 4, 2011
Tayar kereta
Aku memandu perlahan aje n buka lampu kecemasan. Semua kenderaan memandang kepada kereta aku n akhirnya aku tiba di rumah. Sepatutnya, aku kena bekerja petang tapi aku mengambil keputusan mengambil off day kerana takut untuk memandu. Hari ni, jam 10 pagi aku kena hantar dua anak ke MSU, masing-masing ada kelas. Ketika tu semua kereta menunjukkan kepada tayar aku. Aku bersyukur ada seorang pemandu teksi berhenti n aku turut berhenti. Pemandu teksi itu melihat tayar aku dan memberitahu tayar kereta belakang sebelah kiri gelembung. Dia menyuruh aku ke kedai tayar tidak jauh dari situ - Glenmarie dan anak2 aku menaiki teksi berkenaan. Pemandu itu meberitahu bahaya bawa bawa kereta dengan tayar begini, mcm2 boleh berlaku.
Aku akhirnya mengganti tayar keretaku. Satu tayar Good Year berharga RM220 n terus buat service minyak hitan sbb dah tiba masa utk ganti minyak hitam. Walaupun 'kopak' hampir RM400, namun aku bersyukur semuanya selamat. Lega rasanya hati ini. Dalam pada masa yang sama, cermin depanku sebelah kiri juga retak. Nak ganti tu...Ya Allah, mcm2 dugaan ku hadapi pada bulan Julai ini. Cermin depan retak pada hari Ahad sebelum aku pulang ke Subang Jaya. Nak kena ganti ni...bahaya juga jika retaknya merebak.
Posted by masni at Monday, July 04, 2011 1 comments
Sunday, July 3, 2011
Cukai Pendapatan
Posted by masni at Sunday, July 03, 2011 3 comments
Kasihan mak
Posted by masni at Sunday, July 03, 2011 3 comments