BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 13, 2011

Makan kuaci

Sekarang ni aku ada hobi baru di office....makan kuaci. Sure orang tergelak apabila mendengar or membacanya. Aku rasa lebih elok makan kuaci daripada makan nasi or heavy food pada waktu malam. Yalah, aku bekerja masuk 6 petang hgga 2 pagi. Time tak bz tu, aku mulakan makan kuaci. Pada mulanya, aku tak tahu kuaci ni ada banyak khasiat or vitamin kerana ia sekadar makanan ringan aje. So satu hari tu...aku carilah apakah khasiatnya makan kuaci ni...Yalah kawan2 asyik perli aje bila aku makan kuaci.

So, dah terbuktilah rupa2nya kuaci yang sukar dikopek n mempunyai isi yang sedikit itu ada banyak khasiat. Lepas ni, sesiapa yang mengetahuinya, surelah akan suka makan kuaci dan membelinya dengan banyak untuk simpanan di rumah. Macam aku juga, anak aku setiap kali ke kedai, sure akan membeli kuaci bunga matahari kepada aku. 
Nak tahu apa khasiatnya makan kuaci. Ia merupakan satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit setiaphari memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E. Vitamin E adalah untuk meregang, menghalus kulit  supaya menjadi lebih muda dan cantik. Vitamin E juga anti oksida dan sangat penting kepada tubuh. Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak. Vitamin ini dapat mengurangkan gejala penyakit athma atau lelah, osteoarthritis dan rematik. Selain itu, ia dapat mengurangkan risiko kanser usus besar, menurukan gejala rasa panas bagi manusia monopuas, mengurangkan komplikasi penyakit diabetes. Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah.


1 comments:

Anonymous said...

hmmm...nak cuba la..bagus betul info mas ni...terima kasih.