Dah lama tak pulang ke kampung, makin banyak le surat yang perlu dibaca. Ada bil yang perlu dijelaskan. Semua surat masih beralamat di Melaka walaupun aku dah tinggal di KL hampir empat tahun. Ketika membelek surat, aku ternampak satu surat. Hmmm...dari LHDN. Berita baik agaknya. Namun bila aku buka surat berkenaan, aku terkejut kerana aku terpaksa bayar RM4 ribu lebih lagi kepada LHDN. Sedangkan ketika aku buat e-filing LHDN, aku akan terima lebihan RM4 ribu lebih itu. Ya Allah....kenapa jadi begini. Dah buat potongan PCB terlalu banyak. Ni...nak bayar lagi. Aku betul-betul tak faham kenapa boleh jadi begini. Bingung sekejap bila aku membaca dan melihat jumlah yang perlu dibayar iltu. Dapat lebihan wang itu, boleh le beli pakaian raya untuk anak-anak n jika kena buat potongan gaji selama enam bulan untuk bayar 'cukai kena dibayar' itu, apalah yang tinggal dengan gaji aku itu. Macam mana nak tempoh enam bulan lagi.
Hmmmm....mcm2 dugaan aku hadapi sejak akhir-akhir ni. Aku nak ke pejabat LHDN nak tahu juga apa yang berlaku sebenarnya.Tak kanlah mereka tersilap buat pengiraan. Kawan-kawan di office, semua dah dapat bayaran terlebih bayar n aku pula kena kena bayar lagi kepada LHDN. Harap2 ada jalan penyelesaian selepas membuat aduan dan berjumpa dengan pegawai berkenaan.
3 comments:
saman je dy..asyk wat salah je
mmg pn..bl kte ad hutang asyik cri je..bl dy yg hutang kte,dy wat x tau
nak tanya lagi..harap2 problem ni dah settle..kalau dah settle lega rasanya.
Post a Comment