BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 22, 2011

Ikan sweet sour

Bingung juga nak fikir masak apa tengah hari ni. Ikan bawal ada dalam fridge, so aku keluarkan ikan berkenaan. Supaya tak sejuk sgt n senang nak masak. Akhirnya aku buat keputusan masak ikan sweet sour. Nas tak ada ada so terpaksalah pakai mangga. Aku goreng tiga ekor ikan bawal dan buat rencah sweet sour. Masak sweet sour ni elok makan panas2, so selesai aje siap masak jam 12.15 tengah hari, aku terus panggil anak2 untuk makan. Ketika makan, aku minta comment daripada anak2  untuk beri comment. Mereka kata kuah sweet sour itu sedap. Yalah pertama kali aku masak ikan sweet sour dan pakai pula mangga.
Eloklah cuba masak sendiri kan...ikan bawal pun bukannya mahal sangat jika dibandingkan makan di luar. Aku masih teringat makan ikan bawal sweet sour, kailan ikan masin. sotong goreng n tomyam campur untuk empat beranak. Semuanya minum air epal. Bayangkan aku kena bayar RM70. Berbaloi ke dengan harga begitu. Sebab tu aku suka masak sendiri...jika RM70 itu aku boleh beli pelbagai ikan, daging n ayam...boleh makan untuk lima hari. Kan jimat macam tu.
Ekonomi sedang meleset, kenalah berjimat sekarang ni. Masak di rumah aje...

1 comments:

Anonymous said...

memang berbaloi masak sendiri. puas hati dapat makan bersama anak2 dgn harga yg berpatutan jika nak bandingkan makan menu yg sama direstoran/kedai tapi harga tersangat mahal.hmmm...lagi puas hati kerna pandainya memasak mcm2 resipi....dah rasa...sedaaaap...!