BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 24, 2011

Anakku dapat RM500 anugerah kecemerlangan PMR

GEMBIRANYA hatiku apabila kakak ipar di Seremban menalipon dan meminta number account bank. Ingatkan nak buat apa. Dia kata nak masukkan wang RM500 kerana anak bongsunya menerima 8A dalam PMR. Kakak ipar tanya lagi, nak masuk dalam account bank aku atau Iba, Aku kata masukkan aje dalam account Iba. Itu duit dia n nak surprisekan dia nanti. Aku akan mengambil report booknya pada Jumaat ni.
Wang berkenaan adalah sempena anugerah kecemerlangan peperiksaan yang dianjurkan oleh Kimma. Tak sangka anak aku dapat wang yang banyak. Biasanya dia dapat around RM50 ke RM100 yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Parlimen.
Tq Kimma kerana memberi sumbangan yang begitu bermakna kepada anak2 yang berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM. Kakak ipar ku kata, jika dapat 9A dalam SPM, akan diberi laptop. Wah...lagi best hadiahnya...Hopefully anakku dapat keputusan cemerlang dalam SPMnya nanti.

0 comments: