BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Pejabat KWSP

Petang ni nak ke pejabat EPF di Shah Alam. Nak urukan pengeluaran pembelajaran anak kedua aku yang mengambil Diploma Medical Science  (DMS) di MSU. Kak ngah nak exam mid pada 1 Ogos ni bagi semestar ketiga. Jika tak bayaran yuran pengajian, tak dapatlah duduk exam. Demi anak, aku sanggup berkorban apa saja asalkan anak2ku dapat pelajaran secukupnya. Anak kedua aku tak dapat PTPTN n Mara pula tak beri pinjaman bagi DMS. So cara paling mudah, keluarkan wang EPF aku bagi tanggung pengajiannya. Semestar pertama dan kedua, dah ok. Resultnya pun ok. Kiranya tinggal lagi tiga semestar yang perlu aku support untuk anak2 aku. 
Aku pula awal2 lagi dah beritahu kak ngah, bila dah kerja nanti, setiap bulan kena bayar ibu RM1 ribu selama 36 bulan. Yalah yuran pengajiannya bagi DMS sebanyak RM36 ribu.  Dia hanya tersengih saja bila aku suruh bayar RM1,000 sebulan. Saja nak buat gempak pada kak ngah tu...
Anak ketiga aku pula baru masuk ke MSU ambil jurusan Diploma Early Childhood Eduction (DECE). Dah apply PTPTN n harap2 dapatlah pinjaman tu. Secara am dah diluluskan, cuma tunggu pada 28 Julai ini, pegawai PTPTN datang ke universiti mereka,
Anak sulung pula dah tahun akhir di MSU juga. Kakak ambil jurusan Diploma In Accountancy (DIA) n akhir bulan Oktober ini, habislah belajar. Kakak nak sambung degree dalam jurusan yang sama n tempat yang sama. So, jika ini berjaya bermakna kakak akan masuk pada bulan November. 
Bagi aku mudah, aku sanggup berkorban apa saja, asalkan anak2 belajar hgga ke peringkat yang paling tinggi n menjawat jawatan paling tinggi. Itulah pesanan arwah suamiku. Berkorban wang dan harta tak mengapa, asalkan anak2 berjaya. Insya Allah...Harap2 Allah permudahkan dan memberi rezeki kepada aku sebagai ibu tunggal n anak2 ku sebagai anak yatim.

0 comments: