Rasa bosan petang ni...Jika nak tidur petang, rasanya dan terlebih tidur. So nak buat apa ya...elok juga buat minuman petang. Jika buat kek tentu best kan...cake yang paling simple n tak jemu makannya. Akhirnya, aku buatlah butter cake. Ramuan yang paling mudah n boleh didapati di rumah dengan senang. Kejap aje membancuhnya n terus membakarnya dalam oven. Khuatir juga butter cake tak menjadi, yalah dah lama tak buat cake.
Bila anak balik dari class, mereka terus bertanya, 'Ibu buat cake ke...dari jauh dari terbau kek' Hmmmm....ibu buat cake butter. Nak belajar buat, manalah tahu kan, dah lama tak buat cake. Anak sulung jengah di oven dan beirtahu cake ibu naiklah. Maksudnya tak bantatlah... Selepas 45 minit, cake pun siap n aku biarkan dalam oven selepas tutup suisnya.
Anak aku keluarkan kek berkenaan selepas sejuk n terus memotongnya. Dah tak sabar nak rasa cake butter. Akhirnya, mereka berkata 'sedaplah ibu cake butter. Lain kali ibu belajar buat ising pula n buat cake birthday untuk kak chik, tak payah beli di kedai cake lagi.
Nak beajar juga buat pelbagai jenis kek yang tidak menelan belanja yang banyak. Kena ikut selera anak2 juga. Jika buat tak makan, jenuh juga aku nak menghabiskannya...
Beberapa tahun lalu, aku memang pakar buat cake, namun sejak 11 tahun lalu,aku tak minat nak masak. Masa tu duduk dengan mak n anak2, so maslah yang banyak masak. Balik aje kerja, semua dah terhidang. Cuma makan aje.
Sejak awal tahun ni...duduk dengan tiga anak perempuan sbb mereka belajar di universiti yang sama. So, aku cari apartment yang selesan dan dekat dengan anak2 belajar pergi belajar. Itu sebabnya, aku kena rajin2kan diri buat kuih or memasak.
Dah banyak resepi terutama buat muffin, karamel n kek aku pelajari. Karamel pula anak2 tak minat, manis katanya. Entahlah....cuma aku aje yang suka makan karamel tu...
0 comments:
Post a Comment