BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 23, 2011

Arwah suami dah 11 tahun meninggal

HARI ini tanggal 23 Julai 2011 adalah hari yang yang tidak dapat dilupakan seumur hidupku  termasuk anak2. Suami yang ku sayangi meninggalkan kami lima beranak. Bayangkan ketika itu umur suamiku baru aje 39 tahun. Tanpa sakit arwah meninggalkan kami begitu juga ketika anak2 masih kecil dan perlu belaian seorang ayah.
 Suamiku, Mohamad Hanipah Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung. Tiada sesiapa menduga, arwah seorang yang aktif, gemar bermain golf meninggal dunai kerana serangan jantung. Namun, itulah yang sudah ditetapkan Allah dan kita sebagai hambaNya kena terima dengan hati yang redha. Ajal, maut, jodoh n segala-galanya adalah ketentuanNya. Kita hanya mernancang dan Dia yang menentukannnya.
  Namun aku bersyukur, sebelum arwah meninggal dunia, pada hari sabtu malam, arwah meminta aku membuat jemput2 ikan bilis. Katanya, nak cicah dengan kuah kari ayam.
 Pada mulanya, malas juga nak buat, yalah dah jam 10 malam tapi fikirkan suami nak makan, aku terus membuatnya dan hidangkan bersama teh mamak. Biasalah mamak kan, sure nak perkena teh mamak yang 'kau-kau tu'. Sambil makan jemput2 ikan bilis, kami nonton movie di televisyen.
  Masa itu, arwah tidak menunjukkan apa2 tanda cuma dia beritahu selepas makan abg nak keluar sekejap, nak jumpa kawan2. Mungkin ini kali terakhir abg keluar malan dengan kawan2. Aku pun tak kata apa2, hanya diam sahaja. 
  Sebelum jam 12.30 tengah malam, abg pulang.  Aku tahu tempat biasa yang suka arwah melepak dengan kawan2nya...tak jauh dari rumah aku juga di Pandan Indah ....Steven Corner, kedai makan dibuka 24 jam.
   Jam menunjukkan 12 tengah malam, aku ternanti2 juga kepulangan suamiku. Walaupun arwah berjanji jam 12.30 tengah malam, namun aku tak boleh tidur. Sudah menjadi kebiasaannya akan menalipon aku jam 12 tengah malam walaupun ke mana arwah pergi, tak kira berkursus atau luar negara. Ini dah jam 12, kenapa suami aku tak telefon lagi. Aku menjadi resAh dan mula terfikir bermcm2.
   Lama-kelamaan aku tertelap dan hanya menyedari ada orang menggoyangkan pintu pagar rumah aku. Aku menjengah dari tingkat dan melihat kawannya. Aku bertanya kenapa...kawannya kata Hanif jatuh dan pengsan. 
  Masa tu dah jam 3.30 pagi. Kawan2nya ajak aku mengikut mereka ke hospital swasta di Ampang. 
Rumah aku bukannya tak telefon, memang ada telefon rumah. Cuma org2 tertentu sahaja yang mengetahui numbernya. Aku terpaksa tukar nombor telefon banyak kali kerana sering kali keluarga aku jadi mangsa ugutan bunuh. Memanglah aku takut.
   Kawan2 suamiku memang tak tahu number hp aku. Sebab tulah mereka terpaksa goyang pintu pagar...Tak tahulah berapa lama mereka menggoyangkan pintu pagar mengejutkan aku. Nasib baiklah aku tersedar.
  Selepas memberitahu mak chik (mak tiri mentuaku) aku bergegas mengikut kawan2 suamiku ke hospital. Ketika dalam kereta, panggilan telefon tak berhenti2 diterima daripada kawan2 suamiku. Aku syak sesuatu tetapi tak berani nak bertanya banyak. Aku tanya, kenapa dengan Hanif...ada perkara tak baik berlaku ke? Kawan2nya hanya berdiam diri aje.
   Akhirnya aku sampai di hospital swasta di Ampang dan dibawa masuk ke bilik kecemasan. Doktor n nurse membawa aku ke katil suamiku...alangkah terperanjatnya aku.
   "Suamiku ditutupi dengan selimut putih dari kepala hingga kaki. Apa yang sebenarnya berlaku ni...Suamiku sudah meninggal dunia. Ya Allah abang, kenapa tinggalkan mas dengan anak2.Belum puas lagi kasih sayang mas dengan anak2 daripada abg. Kenapa abg tinggalkan mas...Begitulah rintihku bertalu2. Aku membuka penutup muka suamiku , wajahnya begitu bersih dan tenang. Syukur alhamdulillah kerana memberi wajahnya yang tenang dan bersih."
   "Aku kuatkan semangat ku menalipon adikku di Shah Alam, kaum keluarga mentua di Jasin dan ibubapa ku di Melaka. Walaupun, menalipon mereka dengan suara menengis dan tersedu-sedan, aku gagahkan juga menalipon memaklumkan apa yang berlaku. Bayangkan, aku seorang diri berada di sisi suami. Tiada siapa nak pujuk diri ini. Akhirnya, aku menjadi seorang yang kuat semangat ketika berada di jenazah suami."
   Jenazah suami aku terpaksa dibawa ke HUKM untuk dibedahsiasat, khuatir berlakunya penganiayaan. Aku bersama adik yang datang mengikut van untuk ke HUKM. Segala urusan diuruskan oleh kawan2 suamiku dan dengan mudah urusan itu dibuat. Tambahan pula suamiku bekas pegawai polis di Ampang, so tidak menjadi masalah menguruskannya.
  Aku pulang ke Pandan Indah mengambil pakaian dan anak2ku serta mak chik. Anak saudaraku mengurukank anak2 ku dan mak chik. Aku pula terus ke HUKM. Dalam pada masa yang sama, imanku masih teguh dan membaca banyak2 ayat kursi bagi menenangkan jiwaku. 
   Bapa mentuaku asyik menalipon aku bertanyakan bagaimana dengan anak bongsunya...Pada mulanya, aku kata ok aje....bila talipon bertalu2, aku membuat keputusan memberitahu perkara sebenarnya. Bapa mentuaku ketika itu memang sakit jantung. Bila aku beritahu 'bapak, abg hanipah dah meninggal dunia' bapak mentuaku terus senyap. Menyesal juga aku beritahu. Tapi bila diingatkan, aku perlu berterus-terang walaupun anak2nya yang membawa ke HUKM tidak memberi perkara sebenarnya. Aku tahu bapak mentuaku tentu sedih kerana bapak mentuaku habis menghabiskan masa bersama keluarga aku di Pandan Indah.
   Boleh dikatakan setiap bulan, bapak mentua dan mak chik duduk dengan aku. Maybe aku tak banyak kerenah n suka berbual bermcm2 isu termasuk politik dengan bapak mentua. Segala urusan bedah siasat, mandi dan kapan serta solat dilakukan di HUKM. Ramai saudara-mara dan kawan turut solat jenazah di HUKM.
   Ketika mandi jenazah, aku bersama2 anak2 turut mandi mayat jenazah suami. Anak2 diberi sabun untuk menggosok badan ayahnya. Walaupun mereka tidak mengetahui apa2 ketika itu terutama yang bongsu, mereka turut melakukan. Aku dan anak2 turut menyiram jenazah dengan air mawar. Dari situlah anak2, dapat lihat pembedahan yang dilakukan untuk mengetahui punca kematian suamiku.
  Mengkapan suamiku dilakukan imam dan ajk khairat kematian dengan dibantu oleh saudara-mara. Ramai kawan2 menegurku, bagaiman aku boleh menjadi begitu tabah dan boleh menerima segala kepahitan. Aku kata: Itu semua kerja Tuhan, Mungkin Allah beri aku ketabahan dan kesabaran ada sebabnya. So, aku kena terima dengan seadanya. Ayat kursilah penenang jiwa aku.
  Selepas segala2nya siap, jenazah dibawa pulang ke Jasin. Aku mengikut kereta jenazah dan mengaji sepanjang perjalanan hampir 3 jam itu. Anak2 pula mengikut mak dan bapaku.
   Jenazah terus di bawa ke rumah mentua di Ayer Merbau untuk tatapan terakhir saudara-mara, sahabat handai dan jiran. Memang aku tak dapat nak bayangkan berapa ramainya orang datang ke rumah itu untuk memberi penghormatan  terakhir kepada arwah suamiku.
 Aku turut mencium arwah suamiku buat kali terakhir. Sungguh bersih mukanya dan nampak tenang aje. Aku pastikan tidak ada air mata menitik ke muka suamiku ketika menciumnya. Anak-anak ku juga tidak ketinggalan mencium arwah ayahnya buat kali terakhir. Di rumah mentua juga, jenazah suamiku disolatkan bagi kedua.
   Selepas itu, jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Ayer Merbau untuk sembahyang jenazah. Ya Allah,hampir 500 orang sembahyang solat jenazah untuk suamiku. Ramainya...dan aku tidak menyangka begitu ramai sekali solat jenazah suamiku.Beruntungnya suamiku.
   Kemudia suamiku dibawa  di tanah perkuburan untuk disemadikan. Aku turut mengikut, begitu juga dengan anak2. Aku memang menahan tangisan aku....Jika nak diikutkan kesedihan, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sedih. duka dan laranya diri ini. Namun, aku bersabar dan menjadi orang yang tabah kerana itulah yang penting dalam jiwa seorang muslim.
   Selepas segala2nya berakhir, aku pulang ke rumah mentua. Malamnya seperti biasa ada kenduri, bacaan yassin. Aku duduk seminggu di sana.
   Mungkin ramai tidak mengetahui, pada malam selepas jenazah arwah suamiku dikebumikan, kira-kira jam 12 tengah malam, aku dengar hp aku berbunyi dan terus mengangkatnya. Namun, tiada suara kedengaran. Ia berlaku selama seminggu. Aku pelik juga. Biasanya, setiap jam 12 tengah malam, yang selalu call aku adalah suamiku. Dia akan meminta aku tidur dulu jika balik awal. Aku berbisik dalam hati, "tak akan abg call mas, abang dah meninggal'. Selepas seminggu, tiada lagi panggilan pada jam 12 tengah malam.
Abang, mas dan anak2 sayangkan abg. Walaupun dah 11 tahun abang meninggalkan kami lima beranak, segala kenangan manis bersama abang tak boleh nak dilupakan. Wajah abang sering terbayang2 pada ingatan mas dan anak2. Abang, seorang suami dan ayah yang penyayang, romantik, caring  dan understanding. Boleh dikatakan segala2nya semua ada pada abang. Abang, walaupun usia perkahwinan kita tak sampai 11 tahun, i still luv u so much. U're my soul, u're my heart n u're my luv, darling.


0 comments: