BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 4, 2011

Tayar kereta

Nasib malang bertimpa-timpa. Semua tu dugaan Allah kepada umatnya, nak lihat bagaimana teguh dan kuatnya iman seseorang. Kejadian berlaku pada petang Ahad lalu, aku bersama anak dengan anak saudara berumur dua tahun pulang ke Subang Jaya. Setibanya di Nilai Utara, keretaku bergoyang dan anakku menegur aku kenapa kereta bergoyang kuat. Aku berhenti di tepi highway n lihat semua tayar2. Nampak ok aje. Aku teruskan pemandu sehingga ke tempat perhentian di Dengkil, ke stesen minyak. Nak pam tayar, manalah tahu kan tayar tak ada angin. Semuanya ok aje. Aku bertambah panik juga tapi tak tunjuk kepada anak2 yang aku khuatir jika sesuatu buruk berlaku kepada aku sekeluarga.

Aku memandu perlahan aje n buka lampu kecemasan. Semua kenderaan memandang kepada kereta aku n akhirnya aku tiba di rumah. Sepatutnya, aku kena bekerja petang tapi aku mengambil keputusan mengambil off day kerana takut untuk memandu. Hari ni, jam 10 pagi aku kena hantar dua anak ke MSU, masing-masing ada kelas. Ketika tu semua kereta menunjukkan kepada tayar aku. Aku bersyukur ada seorang pemandu teksi berhenti n aku turut berhenti. Pemandu teksi itu melihat tayar aku dan memberitahu tayar kereta belakang sebelah kiri gelembung. Dia menyuruh aku ke kedai tayar tidak jauh dari situ - Glenmarie dan anak2 aku menaiki teksi berkenaan. Pemandu itu meberitahu bahaya bawa bawa kereta dengan tayar begini, mcm2 boleh berlaku.

Aku akhirnya mengganti tayar keretaku. Satu tayar Good Year berharga RM220 n terus buat service minyak hitan sbb dah tiba masa utk ganti minyak hitam. Walaupun 'kopak' hampir RM400, namun aku bersyukur semuanya selamat. Lega rasanya hati ini. Dalam pada masa yang sama, cermin depanku sebelah kiri juga retak. Nak ganti tu...Ya Allah, mcm2 dugaan ku hadapi pada bulan Julai ini. Cermin depan retak pada hari Ahad sebelum aku pulang ke Subang Jaya. Nak kena ganti ni...bahaya juga jika retaknya merebak.

1 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah mas dan anak2 selamat. Tayar yg gelembung bila2 masa boleh pecah. Syukur...semua problem dtg pada masa serentak..Allah sahaja yg tahu perasaan mas tika tu...harap banyak bersabar...