BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 7, 2011

Cermin retak

Hari ni dah hari keempat cermin depan keretaku retak. Dah cari tempat baiki cermin di Glenmarie, masih tak jumpa. Kononnya nak ganti cermin berkenaan. Bila buat survey dalam Internet, aduhhh...mahalnya. Mana nak dapatkan duit untuk ganti cermin depan tu. Akhirnya aku belek2 dalam bahagian iklan akhbar, ada Dr Cermin. Maybe kena bawa keretaku ke sana. Manalah tahu jika boleh tampal cermin berkenaan. Risau juga jika cermin kereta tak bertampal, nanti pecah berderai masa driving, lagi parah dibuatnya. Adik aku nasihatkan aku supaya cari Dr Cermin aje, kuranglah ongkusnya untuk ganti cermin.
May be hari sabtu or ahad, aku cuba ke kedai Dr Cermin, manalah tahu jika nasib aku baik. Cermin retak dapat ditampal buat sementara waktu. Tak adalah risau sgtkan...Bila fikirkan pasal cermin kereta, nak tidur malam pun tak lelap. Asyik fikir cermin kereta aje...Macam2lah aku ni kan...

1 comments:

Anonymous said...

so cermin kereta mas tu mas buat tampal ke atau ganti baru..mcm2 musibah dtg pada mas..sekali lagi banyak bersabar ya...Allah sayang nama nya tu..ujian untuk orang yang baik hati tuhan suka...