BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 31, 2011

Balik kampung

Hari Sabtu, pagi2 lagi aku dah kejutkan anak2ku supaya bangun. Janji jam 9 pagi bertolak dari rumah. Akhirnya jam 10 pagi baru siap. Aku buat keputusan terus ke rumah mentua di Jasin, dah lama tak jenguk bapa mentuaku. Masih sakit pun aku tak jenguk dia. Anak2 aku gembira kerana dapat ke rumah 'papanya' ialah dah lama tak jenguk datuknya.
Hampir empat jam aku duduk berbual dengan bapa n mak mentua aku. Macam2 isu dibualkan apabila bertemu dengan mereka. Aku buat keputusan berjumpa dengan mak aku pula dan pulang ke Melaka. Rupa-rupanya aku aku dah siap memasak ayam masak kari untuk aku dan empat cucunya. Kalinya, kesemua anak aku pulang ke kampung.
Kami makan lauk yang mak masak pada makan malam dan nonton tv bersama-sama. Esoknya...konon2nya nak beli baju raya si bongsu. Tapi tak sempat, adik (zad dan isterinya) datang n kami duduk berbual2. Nasib baik sebelum itu, sempat masak n petik buah rambutan. Nak bawa ke office...rambutan gading madu memang favouriteku...
Jam 3.30 petang aku bertolak balik ke Subang Jaya. Lepas mandi n minum petang terus bergegas ke office pula. Bawa satu beg besar berisi rambutan....

0 comments: