BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 3, 2011

Kasihan mak

Aku balik ke kampung di Melaka. Nak jenguk mak. Kasihan lihat mak kena samun dan ragut hari Selasa lalu. Mak tak beritahu anak-anak yang mak kena ragut dan samun. Katanya tak nak menyusahkan anak-anak. Masalahnya bukan menyusahkan anak-anak tetapi kejadian itu bahaya dan jika terjadi perkara yang tak diingini, macam mana tu. Mak hanya beritahu anak-anak pada hari Khamis dan aku mengambil keputusan pulang ke kampung pada hari Sabtu. Sebelum itu, adik ipar dah bawa mak ke klinik n doktor kata tak ada apa-apa. Mak hanya beritahu pada petang Selasa lalu, mak berada di kedai n ada seorang pemuda datang nak beli minuman. Biasanya jika di Melaka, air botol yang paling popular ialah air lonchan.Ketika mak nak bungkus air itu, pemuda berkenaan terus mengambil pisau yang ada dalam kedai dan mengacunya ke leher mak saya. Pada masa yang sama, pemuda itu terus meragut gelang tangan mak. Kasihan mak, diacu pisau ke leher, diragut gelang dan tolak mak hingga jatuh ke lantai. Mak sempat menjerit....Ya Allah. Pemuda itu sempat memberi amaran kepada mak...jangan menjerit jika nak selamat. Apa yang melucukan...penyamun vs peragut itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mak. Teruknya penyamun tu....

Mak kini semakin fobia kerana tinggal sendirian. Aku membawa mak ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Walaupun dah lewat sekurang-kurangnya aku dah maklumkan apa yang berlaku dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya. Mungkin polis boleh membuat rondaan dan OCS sempat memberi number telepon anggotanya supaya jika ada apa-apa berlaku atau didatangi mereka yang mencurigakan, cepat-cepat telefon polis. Sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur petang tadi, anak aku sempat menulis number telefon polis berkenaan dengan besar. Ditampalnya di bilik mak dan di kedai mak. Senang sikit nak mak nak call jika ada apa-apa berlaku. Mak aku tinggal berseorangan, takut juga kan.

3 comments:

Anonymous said...

budak2 zaman sekarang memang x takowt wat dose..dgn orang tua pown nk wat cm 2..kne kat mak dy sndri bru taw

Anonymous said...

harap2 la bdk yg meragut tue kne tngkp x pn dtimpa bala yg b'timpa2..amin....

Anonymous said...

so mcm mana dgn kes mak mas. hrp dpt tangkap suspek tu. rantai tu payah nak dpt balik rasanya...sabar je la mas...by rahim