HARI Jumaat memang banyak urusan. Aduhh... penat dibuatnya. Awal2 awal dah ke Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) Shah Alam bagi urusan membuat MyKad anak bongsu yang hilang. MyKadnya dijangka siap dalam dua minggu. Nasib baik, orang tak ramai, semuanya berjalan lancar.
Kemudian ke Bank Islam cawangan Shah Alam pula, urusan anak pertama aku pasal PTPTN. Duitnya RM400 hilang. Anak aku hanya ketahui kehilangan wang perbelanjaannya apabila ke MSU bertanya sama ada MSU terambil lebih atau tidak wang perbelanjaannya. Setelah di check dengan Bank Islam, rupa-rupanya ada empat pengeluaran dilakukan mereka tidak berkenaan. Bukan hanya anak aku yang menjadi mangsa, rupa2nya ramai lagi student yang mengambil PTPTN dan berurusan dengan Bank Islam akan kehilangan wang.
Teruknya kakitangan Bank Islam. Nama aje Bank Islan tapi songlap duit student. Aku minta anak dan rakan2 anakku buat report supaya dalang berkenaan dapat ditahan kerana pecah amanah.
1 comments:
simpati kerna anak u hilang duit dalam akaun bank. elok buat repot supaya jenayah ini dapat dihapuskan. harap pehak bank dapat ganti duit yang hilang tu..
Post a Comment