BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 26, 2011

Jawatan Baru

AKU dipanggil masuk oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar ke pejabatnya sebelum waktu maghrib. Kawan2 sebelum itu dah kata,maybe u dapat promotion naik pangkat. Ya ke...Kiranya aku masih baru dalam bidang subbing. Masuk bidang subbing pada awal 2008 n hingga kira baru kira 3 tahun setengah. Kiranya masih baru juga jika dibandingkan dengan rakan2 yang ada di situ. Sebelum ini, aku bekerja sebagai wartawan di Harian Metro di Melaka.
So dengan muka tersenyum aku masuk ke bilik boss atau lebih 'Pak Mus' di kalangan kami. Pak Mus terus menghulurkan surat berwarna putih dengan tertera perkataan ' to be opened by addressee only'  Saya bertanya Pak Mus, boleh ke saya buka surat ini sekarang. Pak Mus kata...bukalah.
Saya kemudiannya membuka surat berkenaan...hmmmm rupanya letter of promotion. Naik pangkat dari sub-editor biasa ke Executive Sub-Editor Harian Metro. Pak Mus beritahu dia nak serahkan surat itu kepada aku Jumaat lalu tapi aku tak ada. Aku beritahu aku bercuti selama seminggu.
Aku juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Pak Mus...Tawaran gaji oklah juga. Jika dibandingkan gaji ketika menjadi wartawan atau sub-editor biasa banyaklah juga. Yalah setiap tiga tahun ada kenaikan gaji n boleh dapat bonus dua bulan yang ditetapkan. Bila jadi Executive Sub-Editor tak adalah bonus hujung tahun. Kenalah tunggu apparasel yang dibuat company.
So, dengan gaji baru tanpa banyak OT ini kenalah aku berhati2 berbelanja. Memang sakit pada permulaannya. Nama aje gaji naik, jika dilihat banyak juga ditolak incometax. Nak buat mcm mana. Kenalah bayar kan.

2 comments:

Anonymous said...

Terlebih dahulu abg ucapkan tahniah kepada Mas kerana telah dinaikan pangkat. Syukur alhamdulillah. Adat la kan..kekadang naik pangkat tapi ada jugak kekurangannya..bonus pulak tak dapat.Apapun betul jugak kata mas, perbelanjaan perlu berhemah utk cover, lebih2 lagi hujung tahun utk perbelanjaan persekolahan anak2. Tahniah sekali lagi dari abang kepada Masni Ros yg sangat dedikasi dlm tugasnya 'Iron Lady'...hehehe..jgn mare ya..o ya..pasal gas tu cik masni..abg cadangkan beli 2 tong gas..1 standby..gaji dah naik..kan..sori just bagi cadangan saja..take care
mas.

masni said...

Tq very much. Nak beli tong gas banyak2 buat apa. Mas dah ada spare gas travel...so tak ada masalah pun. Lagipun mas beli gas 14 kg...so boleh tahan tujuh lagi...Dah ada kedai runcit di apartment mas jual gas...so semuanya under control