BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 9, 2012

BASUH KERETA

PETANG tadi, aku bawa anak sulung aku ke klinik gigi. Macam biasalah nak check gigi yang dicabut tempoh hari. Hampir setengah jam aku menunggu dalam kereta. Akhirnya selesai doktor memeriksa giginya dan memasang alat di langit-langit mulutnya. Selepas itu, aku terus ke Tesco, beli seluar traksuit yang dimintanya kerana nak belajar menari di MMU. Aku belikan dua traksuit dan pada masa yang sama mencuci kereta yang terlalu kotor itu. Baru le bersih sikit kereta aku. Hampir tiga minggu tak basuh kereta. Sekali lagi aku nak cuci enjin pula. Dah lama tak cuci enjin. Kereta aku berwarna burgundy ni jika dicuci nampak macam baru walaupun ada kesan calar dan kemik di sana sini. Biasalah....terlanggar tembok. Nombor pendaftaran kereta di bahagian depan pun dah pecah. Tak tahu di mana nak buat  pasang semula nombor pendaftaran tu. Kena cari juga di sekitar Glenmarie bila aku buat service enjin dan minyak hitam nanti.

0 comments: