GEMBIRANYA apabila mak datang ke rumah aku dan tidur. Aku ambil mak dan dua anak aku serta seorang anak saudara aku di rumah adik di Shah Alam. Mak datang ke Shah Alam pada petang Ahad lalu apabila dihantar oleh adik aku. Yalah mak dah lama tak ke rumah anaknya dan anaknya di Shah Alam pula sudah lama tidak pulang ke kampung. Kiranya mak tidur di rumah adik aku dua malam. Hari Isnin malam, mak call aku beritahu suruh ambil pada hari Selasa. Katanya, nak tidur di rumah aku dua malam sebelum pulang ke Melaka bersama anak aku. Aku dah beritahu pulang aje hari Sabtu, tetapi mak aku tidak mahu dan still nak pulang walaupun naik bas. Aku kata jika pulang naik bas sudah pasti adik aku, Zad akan marah aku dan adik aku di Shah Alam. Mak aku ambil mudah tanpa kira masalah yang dihadapi. So, aku pun ambil mak di rumah di Shah Alam tengah hari semala. Sebelum itu aku ke Avon. Selepas siap makan tengah hari, aku pun pulang ke rumah aku di Subang Jaya. Di rumah aku, mak tidaklah rasa bosan sebab boleh nonton televisyen. Di rumah adik, nak nonton tv pun sukar, asyik duduk di tingkat atas rumah dua tingkat tu. Boring juga mak aku dibuatnya. Dia berasa lega apabila dapat ke rumah aku.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment