BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 6, 2012

CHICKEN CHOP BLACK PEPPER

HARI INI, sebelum ambil anak sulung aku di MMU, aku pergi ke Tesco untuk membeli barangan dapur. Aku nak buat chicken chop black pepper. Aku cari resepinya semalam dan tidak perlu nak menggoreng. Cuma pakai pemanggang ajaib Avon aje. Aku turut beli kentang untuk digoreng kerana mak aku suka makan french fries. Semua bahan untuk hari ini dan esok sudah siap dibeli. Selepas membelinya, aku ke Cyberjaya untuk mengambil anak aku.Dapat le mak aku tengok MMU anak aku kerana dia tidak pernah ke sana walapun masa pendaftaran. Kiranya, dapat le round Cyberjaya walapun tak round keseluruhannya. Abila tiba di rumah dah hampir jam 2 petang. Aku cepat-cepat basuhkan ayam dan anak aku juga tolong membuat bancuhan ayam untuk diperap. Anak kedua pula buat sos black pepper. Mak aku tolong goreng kentang n anak ketiga pula tolong buat coleslaw. Pandai juga dia buat coleslaw. Akhirnya siap juga chicken chop black paper dan jam 3.20 petang, barulah makan. Aku tahu mak aku suka makan chicken chop, so  kiranya dah berjaya aku masak masakan barat tu...Tak sia-sia cari resepi.

0 comments: