KETIKA di Cyberjaya MSU, aku terima panggilan dari Ogawa memberitahu aka tiba di rumah aku dalam masa setengah jam. Terkocoh-kocoh juga nak pulang pulang dari Cyberjaya ke Subang Jaya walaupun hanya setengah jam aje berjalanan. Ini adalah kerana basikal senaman aku dah tiba. Aku beli basikal tu dua minggu lalu dan hanya hari Ahad, merekaq berkesempatan untuk menghantarnya. Akhirnya basikal brand activo - Inspire B2 selamat tiba di rumah aku. Gembiranya hati aku. Aku beli menerusi promosi NSTP untuk pertengahan tahun. Harga asalnya adalah RM2,188 dan dapat le harga RM1,300. Bila aku pergi ke Giant, aku dapat brand yang sama. Harga yang ditawar lain sikit daripada harga yang aku beli. Di sana mahal sikit tapi dapat dua jenis barang berharga dalam RM100. Sekarang ni semangat aku nak bersenam dan menguruskan badan makin berkobar-kobar. Yalah nak ke gym tapi kini gym dah ada di rumah. Setiap hari boleh kayuh basikal. Happy sangat.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
4 comments:
selamat berkayuh semoga sehat tubuh badan...bertuah n untung dapat bike tu...
hmmmm tq....berkayuh hgga tak ingat dunia. balik kerja malam terus berkayuh sebelum tidur. bangun pagi berkayuh lagi dan sebelum ke office, berkayuh lagi. nak turunkan kalori sekurang-kurangnya 500 kalori setiap hari. Kenalah buat tiga shift
Salam, thanks puan sb beri saya idea utk beli benda ni, btw saya beli 2nd hand cuma rm 450 saja.
good idea. saya pun beli model ini tapi @ RM999 dengan maybank credit card amex yoohoooo. selamat bersenam semua
Post a Comment