HARI Ahad adalah hari yang paling sibuk. Tak tahu macam mana nak dikatakan penat dan sibuk. Awal pagi dah bangun dan jam 8.30 pagi dah bertolak ke MSU, Cyerberjaya untuk pendaftaran hostel untuk anak sulung. Dah le barang terlalu banyak dan penuh kereta dibuatnya. Bayarangkan nak angkat barang dari tingkat 12 turun ke tingkat 2 parking kereta. Nasib baik ada lif. Tiba di MSU, ya Allah dah ramai orang tiba di sana. Ingatkan tak ramai sebab buat keputusan pergi awal. Nak buat macam mana kenalah beratur akan dan dapatkan kunci hostel. Hampir sejam juga anak beratur untuk dapatkan kunci dan akhirnya dapat. Terkejut juga dibuatnya kerana dapat tingkat lima. Wahduh macam mana ni...penatnya nak naik tangga bawa barang. Nasib baik le pakai selipar, jika pakai kasut tumit tinggi, parah juga. Nasib baik juga ada boy-friend anak dan saudara di Ipoh. Boleh juga tolong angkat barang. Akhirnya pergi ke tingkat lima...bilik boleh dikatakan ok..cuma dekat dengan bilik air. Anak dapatlah katil bawah seperti mana yang diidamkan.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment