BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 12, 2012

KE MAXIS, SUNWAY PIRAMID

HARI ini ke Sunway Piramid bersama anak kedua. Disebabkan broadband home wifi ada problem, terpaksalah ke situ. Nasib baik tak jammed, so mudahlah buat urusan ke Maxis. Pada mulanya sukar juga nak cari office Maxis di mana. Akhirnya jumpa juga. Kena ambil number lagi sebab ramai orang berurusan dengan Maxis hari ini. Yalah, ada orang nak beli handphone baru, Samsung Galaxy S111 dan IPhone 4S. Tawaran istimewa untuk pelanggan tetap Maxis. Pada masa yang sama aku juga lihat kedua-dua phone tu. Yang aku minat IPhone 4S. Aku urus dulu broadband, hampir dua jam juga di situ. Mereka kata tak ada masalah, aku suruh mereka cuba buka dan hanya ada blinking merah aje. Aku beritahu maybe sim card ada problem, mereka kata tak ada. Akhirnya barulah diketahui bahawa modem tu ada masalah. Tukar modem baru dan phone baru. Katanya, 5gb yang ada dah habis pakai. Pelik juga baru seminggu pakai, dah habis. Tak logik betul. Than ada tambahan 5gb untuk kegunaan jam 2 pagi hingga 8 pagi. tak kan dah habis. Masa mereka test, semuanya dah ok. So nak tunggu malam ni, ok ketidak broadband tu. Menyentuh mengenai Samsung Galaxy S111, jika kena beli kena bayar RM599 n selepas tu bayaran bulanan RM198 selama 24 bulan. Manakala I Phone 4S pula sama juga harganya bagi advance payment cuma montlynya RM155 selama 24 bulan. Tunggu dulu hingga harga turun, barulah aku beli. Sekarang ni tak ada duit. Banyak dah belanja untuk anak-anak.

0 comments: