HARI Sabtu boleh dikatakan hari paling sibuk sikit. Kenapa tidaknya, temujanji doktor gigi pada jam 2.15 petang tapi pembantu doktor memberitahu akan diadakan jam 11 pagi. So,kenalah bersiap awal untuk ke klinik gigi. Anak sulung nak cabut lagi sebatang gigi. Hari Jumaat dah cabut dan perlu bayar RM80 dan hari Sabtu cabut lagi. Nak buat macam mana, doktor beritahu perlu cabut dua batang gigi saja. Selepas aje cabut gigi, bergegas ke Tesco beli barangan dapur. Yalah anak bongsu pulang naik komuter dan pada masa yang sama, saudara dari Ipoh datang. Nak masak steak n ayam goreng. Kenalah buat persiapan awal untuk perap daging dan ayam tu. Anak sulung pula nak makan bubur pulut hitam n pada masa yang sama buat kek coklat moist kukus. Memang penat petafg Sabtu tu. Steak hanya bakar dalam oven. Mudah aje kerja tu...sambil bakar sambil basuh pakaian adik. Terasa penat sangat.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment