BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 9, 2012

Waja Campro dah enam tahun

PADA TANGGAL 6 JUN, kereta Waja Campro kesayangan aku genap berusia enam tahun. Diam tak diam dah berumur enam tahun. Kiranya dah enam tahun aku bayar duit kereta. Masa beli kereta berharga RM60,000 dulu, aku hanya bayar wang pendahuluan RM5,000 aje. Jika aku tahu dulu, lebih baik aku bayar lebih. Tak le tanggung hutang kereta selama sembilan tahun. Ada tiga tahun lagi perlu bayar hutang. Harga kereta akan turun setiap tahun dan dalam tempoh enam tahun, kereta aku dah jadi RM36,000. Tahun lepas RM40,000 kini dan turun sebanyak RM4,000. Aku dah renew roadtax dan insurans. Cuma cermin depan yang retak tu belum diganti lagi. Kena cari duit juga n maybe harganya dalam RM600. Jika ada duit, nak juga cat semula kereta aku tu. Catnya dah makin pudar. Aku sayang kereta tu kerana kereta itu kereta paling mahal pernah aku beli. Nak beli kereta yang lebih mahal, aku tak mampu. Yang penting ada kenderaan - Proton Waja Campro yang kusayang....

0 comments: