BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 9, 2012

STIM IKAN BAWAL

JAM 2 petang semalam, mak dan dua anak aku pulang ke Melaka. Mak hanya duduk dua malam aje di rumah aku. Mana boleh duduk lama-lama di rumah anak. Masih rindukan rumah sendiri dan asyik teringatkan kucing. Sukar juga nak bawa mak berjalan-jalan ke rumah anak dalam tempoh yang lama jika asyik teringatkan rumah aje.Sebelum mak pulang ke Melaka, aku sempat masak ikan bawal stim, telur bungkus dan kobis goreng. Aku tahu mak aku tak makan ikan, som kenalah buat telur bungkis. Apabila aku keluarkan banyak ayam dan ikan untuk dimasak, mak aku marah. Aku kata aku nak beri adik-adik aku makan. Tak kan nak makan di luar. Aku tak mampu berbuat demikian. Bayangkan hidup di Subang Jaya, harga makanan terlalu tinggi. Elok aje aku masak. Aku tahu mak aku nak masak yang mudah aje seperti ayam kari atau masak asam pedas. Aku dah jemu dengan lauk begitu. Kenalah ada kelainan. Yang bestnya, bukan sahaja adik bongsu, isterinya dan dua anaknya datang tetapi adik aku di Shah Alam bersama suaminya turut datang. Tak sangka pula stim ikan bawal aku mendapat pujian daripada adik ipar aku di Shah Alam. Tak sia-sia beli ikan bawal dengan harga mahal dan semua lauk-pauk habis dimakan. Itu yang buat aku bertambah suka nak masak. Hi hi hi...

0 comments: